Kek Buah Bakar Emak

Kahkahkah, kau mesti sedang berdebar menantikan resepi ini kan? Haha. Abang pun. Sebenarnya resepi ini pernah keluar di Majalah Anis tahun 2015 rasanya. Kelas emak abang masuk majalah resepinya. Hari ini kita buat resepi ini secara langkah demi langkah.

Leceh. Kenalah dengan harganya. Emak memang sabar menyiapkan semuanya seorang diri. Harapkan anak seorang yang terer masak itupun kerjanya ambil gambar tak henti-henti. Wakaka.

Baiklah. Mari kita usahakan. Oh ya, versi emak ini adalah versi bakar. Bukan kukus. Kalau kau tanya boleh kukus ke tidak, abang tak tahu. Emak kata tak pernah cuba.

Bahan-bahannya ialah:

500gm buah campur (fruit mix) kau beli di kedai jual barangan bakeri.

3 tiga per empat cawan tepung gandum diayan bersama 1 setengah sudu kecil serbuk penaik

1 biji kulit limau yang disagat

1 setengah cawan planta

2 cawan gula halus

6 biji telur gred A

Tiga per empat cawan susu cair

Cara-cara kau tengok di gambar, dan untuk sekian kalinya kalau kau nak share, klik butang share. Bukan kau copy paste, ubah resepi dan ubah semua penulisan ini serta bubuh nama kau sendiri sesuka hati.

Kau nak berniaga guna resepi ini pun bagus. Emak halalkan. Semoga perniagaan kau sukses!

1. Dulu-dulu buah campuran yang dijual bersama ini cukup susah nak dapat. Emak kena beli asing-asing. Sekarang dah senang, kau beli je dekat kedai jual barang bakeri. Ada insya-Allah. Dalam fruit mix ini ada kismis campur hitam, coklat, kuning semua, ada kulit orange (orange peel), ada ceri hijau dan merah.

2. Kau potong sikit macam belah sekali lalu sahaja buah-buah ini. Kasi air dia keluar masa nak masak nanti. Cewah.

3. Lepas itu, menggunakan tangan emak kau juga. Kau jerit stop! Supaya emak kau berhenti sekejap sagat kulit limau. Baru gambar cantik. Sebiji tahu! Ala yang limau kau sebut oren itu lah. Bukan limau mandarin.

4. Dalam bekas pemukul (mixer), kau masukkan planta bersama gula halus, pukul sampai berkrim guna speed 1.

5. Semua enam biji telur itu masukkan dalam satu bekas lawa macam emak abang ini. Dia tahu abang nak ambil gambar, terus guna pyrex okeh. Pukul kasi rata.as pemukul (mixer), kau masukkan planta bersama gula halus, pukul sampai berkrim guna speed 1.

6. Tadaaaaa! Emak abang guna senduk kayu menggantikan spatula. Dulu senduk gini juga buat lepuk kami kahkakah.

7. Bila adunan sudah mula berkrim, kau jangan tutup mixer itu, kau masukkan telur sikit-sikit dan kau akan nampak adunan itu mengembang dengan jayanya. Buat sampai habis telur itu.

8. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Hak ini tak sempat sebut stop.

9. Ha, ini tips bagus. Kau ambil dua sudu besar tepung gandum dan gaulkan bersama buah yang sudah dipotong tadi. Ini untuk jadikan buah itu terapung di dalam kek, tak jatuh ke bawah. Kau faham ke tak ni?

10. Ha adunan sudah lawa. Berhentikan mixer.

11. Tuang adunan tadi ke dalam mangkuk yang lebih besar. Abaikan titik hitam tersebut. Itu macam kismis yang dah tak sabar nak masuk.

12. Masukkan tepung yang telah diayak.

13. Gaul rata guna spatula atau senduk kayu. Proses gaul atau kaup ini akan berikan tekstur kek lebih cantik dan menaik dengan baik. Tak perlu guna mixer.

14. Masukkan kulit limau yang telah disagat.

15. Kemudian masukkan semua buah. Gaul rata.

16. Dah rata semuanya, baru masukkan susu cair. Tuang sahaja semua dan gaul rata semula.

17. Tadaa! Lawa tak? Baik, mari sediakan loyang.

18. Emak gunakan loyang 8 inci x 8 inci, untuk adunan kek ini, boleh dapat dua loyang. Griskan dengan planta dan tabur dengan tepung.

19. Kemudian di lantai loyang, kau letak kertas parchment.

20. Tuangkan adunan dalam loyang separuh-separuh.

21. Emak gunakan dapur gas. Pasang api kecil dan bakar selama tiga jam. Bila guna dapur gas ini, memang api bawah sahajalah. Kalau guna dapur eletrik pun api bawah juga. Suhu 170′ selama 2-3 jam. Kau kena cek selalu. Jangan sesekali kau berani buka oven selama satu jam yang pertama. Selepas itu kalau nak tengok sesekali, boleh. Kau buka banyak kali memang melayanglah senduk kayu tadi kat muka kau.

24. Siap! Haha ini gambar lama sebenornya. Photoshoot untuk majalah dulu! Tak larat nak tunggu tiga jam woih. Hahaha.

25. Ya nampak tak buah itu terapung? Sedap woih! Selamat mencuba! Teruskan share ya. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *