Kos Perang
Jam 12.52 pagi masih di transit di Dubai, tadi dari Madinah, letak aja punggung di tempat duduk, nahhhh tidur terus hahaha. Tak sedar ke apa sampailah nak mendarat. Makan tidak, apapun tidak, saya lena selena-lenanya. Agaknya dah bermula “release” perkataan rehat dalam kepala, maka badan pun nak ikut juga. Jadi terus semua nak reset sekejap.…
Darah Penulis
Beza tau. Saya memang penulis. Jadi saya menulis buku, journal dan ebook dari dulu, ya memang menulis. Saya tumbang ke saya tak tumbang ke, saya memang menulis. Setakat ini saya ada sekitar 28 naskhah buku dan 200+ ebook. Saya tak tulis kisah kejatuhan saya sahaja. Ada berbagai perkara saya tulis. Saya siap ada 3 naskhah…
Memang Perlu Dicari
Kena letak dalam kepala tak semua orang tahu. Sepanjang sekitar 40 hari berada di sini, barulah saya tahu ada yang tak tahu Kaabah itu letaknya di mana. Ada yang tak tahu Masjid Nabi SAW di mana. Dalam 3-4 PM tepi bertanya soalan lebih kurang sama. Ada yang ingat Kaabah dan rumah Nabi SAW bersebelahan aja.…
Kita Nak Terima Dengan Cara Apa
Malam tadi masa pulang ke hotel selepas sesi ziarah luar Masjid Nabawi saya berjalan seorang diri, elok keluar dari pagar 339 ada seorang pakcik tegur tak jumpa hotelnya. Saya tengok di kad nama, saya pun tak tahu kemudian lekas kasi cari dalam Google. Okey jumpa dan saya bimbing sampailah ke hotel. Saya bertanya asal mana,…
Kisah Biskut
Pergi kedai runcit nak beli biskut. Kadang datang lapar teruk. Saya sedang nak naikkan semula berat badan hahaha. Rasa aneh tiba-tiba berat turun sampai 79kg. Kena sampai Malaysia taklah nampak cengkung ke apa ke. Hanya banyak berjalan kaki aja itu aja. Makan cukup ja. Sesampainya di kedai, pilih biskut, ambil 4 biji oren dan ternampak…
Itu Aman
Apabila terbaca kisah orang itu tag orang ini,Orang ini mengejar penipuan orang itu,Saya duklah terfikir apalah ujian kita ini. Saya pun hadapi perkara sama,Sampai saya rasa kenapalah saya diuji oleh kelompok manusia yang sama. Imej paling kita percaya,Gelaran paling kita percaya,Usia paling kita hormat,Pengalaman yang dia ada juga adalah paling kita respek. Ya, saya pun…
Usaha Tanpa Tapi
Waktu berhenti kerja kilang dan nak fokus bisnes, saya bermula tanpa hutang. Kosong. Buat kelas, tulis buku, tulis ebook, jual, alhamdulillah berhasil. Kemudian menjaga konten klien, menulis buku untuk nama-nama besar (ghost writer), membangunkan dan menguruskan konten belakang tabir untuk orang-orang utama dalam negara, semua tersusun tanpa buat hutang. Hinggalah buka kilang biskut.Awalnya tak ada…
Sudah Di Sini, Takkan Berpaling Lagi
Saya dah pergi banyak kelas.Belajar aja. Perlahan-lahan buat.Saya buktikan saya lebih tahu dengan berbuat. Tak buat, takkan nampak apa kita tahu. Sebab itu saya sangat menghargai karya.Buruk ke, bagus ke,Teruk ke, apa ke, saya hargai kerja yang dibuat.Baru bermula, tapi berbuat.Saya kagum.Baru nak cuba, tapi berusaha,Percayalah saya suka. Benda ini saya berkali-kali sebut ke kawan-kawan,Kita…
Semoga Allah Hadiahkan Syurga
Tercapai juga hasrat saya untuk buatkan umrah untuk anakanda Alin. Saya duk berdoa sebanyaknya mohon sangat Allah izinkan, saya benar-benar nak laksanakan. Arwah meninggalkan kami sekitar 6 bulan lepas. Arwah menjadi mangsa kepada 2 kereta yang berlumba lalu terbabas dan menghentam kereta adik saya. Arwah Alin ada di dalam kereta tersebut dan meninggal dunia di…
Semua Kena Hadap
Saya baca satu tulisan tentang dia sentiasa menjadi “ada” untuk semua orang. Dia ada apabila orang sakit, dia ada pada ketika orang itu susah. Dia ada serba serbi. Saat dia pula dihadap ujian, tak ada siapa pula nak ada untuk dia. Maka bermula komen berbagai-bagai. Oh saya bukan nak melawan. Kita sentiasa ada pilihan untuk…









