Waktu berhenti kerja kilang dan nak fokus bisnes, saya bermula tanpa hutang. Kosong. Buat kelas, tulis buku, tulis ebook, jual, alhamdulillah berhasil.
Kemudian menjaga konten klien, menulis buku untuk nama-nama besar (ghost writer), membangunkan dan menguruskan konten belakang tabir untuk orang-orang utama dalam negara, semua tersusun tanpa buat hutang.
Hinggalah buka kilang biskut.
Awalnya tak ada hutang.
Hinggalah dapat supply ke 46 cawangan Mydin.
Kami ambil hutang untuk beli barang mentah dan beli mesin.
Total banyak juga RM4juta lebih.
Ada yang tanya banyaknya RM4juta.
Saya pun jawab, ya. Untuk 1 shipment ke Mydin, kami perlu beli barang sekitar RM500k.
Walau pembayaran agak laju kepada kami (sekitar 10 hari), duit di tangan nak kena ada. Alhamdulillah.
Belum lagi pasal mesin yang asalnya boleh keluar 2,000 balang sehari kepada beribu-beribu balang.
Ya semua ada harganya.
Semua berjalan dengan baik sehinggalah diuji dengan ketiadaan bahan mentah di pasaran. Lebih mengundang resah apabila kenaikan harga mendadak setiap minggu. Ya pada tahun 2022, itulah yang berlaku.
Waktu itu overhead dah cecah RM340,000 sebulan.
Jadi, sekitar beberapa bulan bertahan, tepung masih tak ada, maka kami putuskan untuk tutup aja operasi dari terus berdarah menanggung berbagai hal.
Maka terhutanglah kami RM4.09juta bermula Ogos 2022.
Selepas sekitar 3 tahun 9 bulan ini, ada lagi dalam RM880,000 baki hutangnya.
Duklah termenung di bumbung Masjidil Haram lepas subuh tadi. Melihat apalah nasib saya jika tak berjaya selesai.
Dah hujung-hujung nak selesaikan ini berbagai ujian. Berbagai cabaran. Berbagai halangan. Allah aja yang tahu.
Saya masih kekal berusaha. Mencari jalan nak selesaikan juga. Apa nak berlaku, saya kena hadap. Apa akan berlaku, ya kena hadap. Tak boleh lari, tak boleh jauh. Kena bertahan dan berdepan.
Sikit lagi insya-Allah. Doakan ya.
Saya ada tulis naskhah terbaharu semasa berada di sini, insya-Allah 10hb ini release, jadilah pembaca pertama dengan buat belian awal. Saya jual RM5 sahaja. Dapat 2 naskhah.
Nak bayar lebih pun okey aja. Tulis di situ harga yang kalian nak bayar.
Naskhah “Dijemput Lagi”.
Doakan laris. Mana tahu terus dapat RM1juta hari ini. Allah sahaja yang izinkan semuanya.
Link di komen ya.
Terima kasih semua.
Khairul Hakimin Muhammad,
Usaha tanpa tapi.
Makkah Al-Mukarramah.
