Doakan Ya
Selepas kelas malam tadi dengan peserta Group Coaching, sambung pula Zoom Meeting dengan sebuah syarikat idaman dari UK. Mereka di UK. Beza juga waktu, sana siang kita malammmm. Saya dapat join meeting pun dah happy sangat dah. Terus siapkan kertas kerja dan paling best ada officer depa yang tengok dulu sebelum submission. Officer itu akan…
Tiada mustahil bagi Allah
Ramadan 2021, Ramadan 2022, Ramadan 2023, Ramadan 2024, Ramadan 2025, Saya kekal dengan misi minta apa sahaja yang mustahil dalam kepala kita kepada Allah. Hanya Allah yang boleh selesaikan segala hal mustahil itu. Tiada mustahil bagi Allah.Allah boleh selesaikan semuanya. Terus berdoa kawan-kawan.Terus berharap kepada Allah seluasnya. Begitulah Khairul Hakimin MuhammadGambar: Kenangan bersebelas semasa umrah…
Surat Untuk Kalian
Ini surat untuk kalian, sekitar 4 tahun lalu, saya pernah di kerusi itu,nak tengok matahari pun saya tak mampu,nak bangun dari katil rasa dipegang, tak terbangun,nak berdiri rasa lembik,nak bernafas rasa kosong,nak memandang yang paling kita sayang, rasa rebah, rasa takut. Saya di kerusi itu. Ambil masa maksima berada di situ hanya sekitar 2 minggu.Dalam…
Syahdunya
2024, saya dapat pergi umrah. Bukan saya seorang, ramai-ramai. Alhamdulillah. Sepanjang nak sampai ke tarikh nak berlepas, berdebar tak sudah kerana betul-betul tak ada duit. Tapi dalam hati masih kuat duk rasa akan adalah itu nanti. Kami sampai di Jeddah, adalah beberapa gambar Faisal dan teman lain duk ambil, memang nampak jelas wajah saya moyok…
Jangan Sesekali Berputus Asa dengan Anak Sendiri
“Khairul ada berapa orang anak, sorrylah aunty dah tak tengok fb sangat, so stress” “2 orang aunty. Alhamdulillah.” “Aunty itulah seorang aja. Apapun, itulah anak aunty, apa saja pun, aunty nak dia macam tu macam ni, tapi dia jadi macam tu, aunty tetap kena ada untuk dia, kalau tak, lagi tak tau apa akan jadi.”…
“Macam mana awak handle?”
“macam mana awak handle?” Itu soalan paling kerap. Raya baru-baru ini pun ditanya soalan sama. Saya tengok keadaan, kalau boleh terangkan panjang lebar, saya jelaskan. Kalau tidak, saya jawab “kena hadap aja.” Ada 1 benda saya sentiasa pegang dalam mengadap ujian, iaitu kita kena ada cerita yang kita boleh rujuk. Maka, kita akan berlega-lega apabila…
Bangkit
Januari itu hari, saya bantu seorang kawan, beliau hampir nak tinggalkan semua benda, katanya dah sampai masa nak tamatkan apa sahaja termasuk nyawanya sendiri. Saya berkejar pi jumpa walau itu kali ke-2 saya jumpa dia. Masa dia ambil personal coaching dengan saya (kali pertama jumpa) saya ada perasaan tak sedap hati kerana lebih 2 jam…
Belajar Konten
saya berusaha benar dapatkan izin dari semua klien saya untuk saya kongsikan jualan mereka, dari situ dapatlah saya berkongsi kisah kejayaan anak-anak murid yang belajar konten dari saya. Malam ini ada webinar percuma, saya duk siapkan slide, touch up sana sini. Sehingga ini, tak ada 1 pun yang nak kongsikan, semua minta maaf dengan cara…
Dulu
Sekitar 15 tahun lalu, media sosial masuk ke ruangan hidup kita. Telefon bimbit jadi alat paling rapat dengan kita. Sangat rapat, akrab, tak tertinggal sesaat pun. Jika dulu, boleh tinggal telefon masa nak solat. Sekarang sedang solat boleh berhenti sekejap semata nak tengok notifikasi. Katanya urgent. Dulu, sangat sukar nak telefon emak abah, beratur di…
Ujian Yang Kita Semua Kena Lalui
Tahun 2022, kami tutup kilang kerana kenaikan harga mendadak barang mentah + gandum terus tak masuk Malaysia berbulan. Menggagau mencari sana sini, dah ada, harga naik lebih 30%. Huru hara hidup nak buat costing semula. Waktu itu perang Ukrain Rusia. Nampak macam tak ada kena mengena, sekali gandum kualiti tinggi dari mereka. Tahun ini perang…









