2024, saya dapat pergi umrah. Bukan saya seorang, ramai-ramai. Alhamdulillah.
Sepanjang nak sampai ke tarikh nak berlepas, berdebar tak sudah kerana betul-betul tak ada duit. Tapi dalam hati masih kuat duk rasa akan adalah itu nanti.
Kami sampai di Jeddah, adalah beberapa gambar Faisal dan teman lain duk ambil, memang nampak jelas wajah saya moyok aja macam memikirkan sesuatu, hahaha. Ya, sebab duit.
Kami naik ke Taif dulu. Ohya pada waktu itu kami ke tanah suci itu bersama Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd, syarikat PJH juga tahu, tahun ini mereka jadi PJH Haji juga alhamdulillah.
Ok sambung, masa di Taif, saya duk di luar aja menanti mereka yang nak naik kereta kabel, sebab saya duk tunggu payment masuk, jadi memang tak ada duit, lagi syahdu masa itu pula saya tertinggal kad bank. Lagilah fikir bukan-bukan.
Esoknya, kami pakai ihram di Qarnul Manazil, saya masih duk dalam debar tak sudah. Walau dengan AST makan tak henti-henti hahaha, depa jaga jemaah sangatlah baik. Best betul.
Masuk aja bas semula, tengok ada mesej masuk “Salam Khairul, acik ni, acik ada transfer duit tau buat belanja di Mekah, doakan acik naik haji tau, nanti masa tawaf, doakan acik, ni nama penuh acik dan nama penuh suami acik, tolong ya Khairul.”
Saya pun buka aps bank, ya Rabb RM1,500 acik itu masukkan. Rasa banyak amat. Saya sujud syukur. Saya transfer ke Faisal kalau tak salah untuk saya keluarkan duit tersebut dan jadilah duit belanja kami beli itu ini.
Kami selalu berhubung waktu itu, tak pernah berjumpa. Saya masih ingat beliau kerana beliau memang seorang yang rajin komen.
Memang ya, saya duk doa selalu tentang beliau nak tunaikan haji, dah pencen cikgu, tak salah saya umur dalam 60an.
Petang ini dapat whatsapp,
“Salam Khairul, acik nak beritahu acik akan naik haji tahun ni, acik dan pakcik dapat, alhamdulillah, terima kasih banyak. Walau tiba-tiba aja dapat mesej, terus pergi pejabat Tabung Haji, teruslah terima je walau macam tergesa sikit, takpalah janji dapat pergi, acik akan berangkat pada xx ni tau. doakan acik tau.”
Saya pula sebak tak sudah.
Rasa macam nak terbang ikut sama, nak bawa emak abah juga. Huwaaaa.
Itulah kan,
Kita saling tak kenal,
tapi acik tolong saya,
saya pula tak tolong acik langsung,
tapi entahlah dunia media sosial ini buat kita jadi berhubung,
saling percaya,
saling angkat tangan mendoakan.
Selamat berangkat acik yang baik,
pakcik, jaga makcik baik-baik,
kami mendoakan,
lambai kami juga ya.
kami pun nak naik haji juga.
huwaaaa. syahdunya.
Khairul Hakimin Muhammad,
syahdunya wehhh.
