Orang Ada. Duit Ada.
Jual Coway, jangan cerita 100% coway.Jual hartanah, jangan cerita 100% hartanah.Jual takaful, jangan cerita 100% takafulJual perfume, jangan cerita 100% perfume.Jual kuih, jangan cerita 100% kuih. Akaun socmed peribadi bukan tempat iklan 100%. Kita pun tak kuasa nak follow sesiapa yang tak habis-habis iklan. Pilih topik.Susun posting.Ada tentang topik tarik orang.Ada tentang buat sales. Orang…
Itulah Saya
Tanyalah kawan-kawan rapat saya, saya manusia yang susah amat nak berkawan. Boleh kata ramai yang bilang saya orang sombong. Saya tak tahu nak kata guane, saya memang tak pandai bergaul. Lebih rela makan seorang diri, ke mana pun seorang diri, siapa tegur, saya jawab sepatah dua kemudian melarikan diri. Senang sangat saya rasa tak selesa…
Doakan Saya Juga
Seorang diri aja seperti biasa. Siang tadi uruskan ada lagi jemaah pulang, kemudian pergi makan dan kembali ke bilik. Siapkan kerja. Kembali ke masjid. Sheikh Abdullah Jahaf banyak kali sebut, di Madinah ini terutama di Masjid Nabawi, kena betul-betul menjaga diri, bumi ini bumi berkat. Boleh jadi di setiap tempat kita duduk, kita solat, kita…
Saat Allah Jemput
Gambar sebelum jemaah masuk untuk subuh pagi tadi. Dalam 2.30 pagi begitu. Pekerja sedang bersihkan. Mereka alihkan karpet dan cuci lantai. Suka benar saya tengok. Kegigihan pekerja-pekerja ini Allah aja yang tahu. Dapat bersihkan masjid Nabi SAW. Bestnyaaaaa. Kita kat Malaysia dapat bersihkan masjid pun dah happy sangat dah, ini Masjid Nabi weh. Kawan-kawan,Ada duit,…
Allah Mudahkan
Saya punya spot. Memang sejak ada di Madinah, saya solat area sini. Kadang bawa ke depan sikit. Lepas subuh duk melepak sampai dhuha, lepas isyak melepak sampai 10 malam gitu baru gerak ke Babussalam untuk sampaikan salam buat Rasulullah SAW. Saya banyak sendirian aja. Di Madinah lega sikit, lepas selesai ziarah semua, jemaah agak berdikari.…
Beri Salam kepada Rasulullah
Saya usahakan setiap malam dapat beri salam kepada Rasulullah SAW. Biasanya dalam 10 malam orang tak berapa ramai. Malam tadi saya pergi lagi. Berjalan seorang diri. Masuk aja melalui Babussalam, ya orang tak berapa ramai. Sedang elok berjalan betul-betul di sisi tali (ada tali yang diletakkan supaya tak ada jemaah boleh pergi terlalu dekat dengan…
Buya Hamka
24hb Julai 1981 Buya HAMKA meninggal dunia. 3 bulan selepas itu saya lahir. Kami tak sempat berjumpa, tak pernah bersua tak juga pernah tahu kehidupan masing-masing. Sekitar 10-12 tahun selepas itu barulah saya mengenali Buya melalui tulisan-tulisannya. Bermula dengan Di Bawah Lindungan Kaabah kemudian beralih kepada Tenggelamnya Kapal Van Der Vick, bersambung dengan Kenang-Kenangan Hidup…
Madinah Al-Munawwarah
Setiap kali datang, saya mesti rasa Madinah ini adalah kota kasih sayang. Berbeza dengan Makkah Al-Mukarramah, ia adalah tentang hubungan manusia dan Allah. Pengharapan, permohonan, permintaan, hajat, doa, taubat, pengampunan, semua berkumpul di sana. Namun apabila sampai di Madinah,Ia berubah kepada manusia dan manusia. Kasih sayang kepada isteri,Kasih sayang kepada sahabat,Kasih sayang kepada anak-anak,Kasih sayang…
Rentas Laut Merah
Semalam kali pertama dapat merentasi laut merah di Jeddah. Kali pertama juga lihat pembinaan bangunan yang bakal jadi menara tertinggi di dunia. Juga di sekitar jeti sahaja. Ya boleh nampak dari jauh. Laut Merah ini pernah jadi saksi menerima jemaah haji melalui kapal satu masa dulu. Jutaan jemaah yang datang melalui kapal laut pasti merentasi…
Tips Konten
Saya berikan kepada kalian 20 perkataan yang “hook” untuk audien berhenti dan habiskan baca. Save dan sebarkan kepada team kalian ya. Penting sangat terutama nak buat ayat iklan (copy writing). Khairul Hakimin Muhammad,Gambar: Hari ke-2 di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.









