Saya usahakan setiap malam dapat beri salam kepada Rasulullah SAW. Biasanya dalam 10 malam orang tak berapa ramai. Malam tadi saya pergi lagi. Berjalan seorang diri. Masuk aja melalui Babussalam, ya orang tak berapa ramai.
Sedang elok berjalan betul-betul di sisi tali (ada tali yang diletakkan supaya tak ada jemaah boleh pergi terlalu dekat dengan pintu makam Rasulullah SAW), tiba-tiba seorang polis pegang saya dan tarik saya ke bahagian dalam tali tersebut.
Saya pun ucap terima kasih, terus aja berjalan dan beri salam kepada Rasulullah SAW. Pengalaman pertama dapat sedekat ini, biasanya kami dapat lalui di luar tali itu sahaja.
Alhamdulillah syukur amat. Tak sempat sangat nak ambil gambar, tak terfikir dah. Sebak lain macam. Allah aja yang tahu betapa bersyukurnya saya.
Alhamdulillah.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
