“Can i hug you?”
“Can i hug you?” “Yessss!” Kami pun berpeluk. Mabrurrr mabrurrr jeritnya. Semua jemaah dah bergerak di hadapan, saya paling belakang masih duk cek ada lagi tak yang tertinggal atau terlepas gerabak, saya tak ada orang lain nak peluk selain dari polis arab yang bertugas di situ. Menangislah saya sambil polis itu menepuk-nepuk bahu saya. Selesai…
Dirgahayu Wahai Emak
Selesai sudah nafar awal,Maka selesai sudah ibadah haji kami. Alhamdulillah.Senang nak ingat tarikh ibadah haji pertama saya,Bersamaan dengan tarikh hari lahir emak.Alhamdulillah. Dirgahayu wahai emak.Semoga Allah terus beri kesihatan baik,Dikelilingi orang baik, dikurnia sebanyaknya kebaikan dan keluhuran orang lain. Diampuni, diredai, diberkati. Amin.
Itulah Kehidupan Kita
Dapatlah telefon secara maya mengucap selamat hari raya kepada emak abah di Mentakab. Dulu saya pernah bawa mereka ke tanah suci menunaikan umrah. Bahagia benar. Haji pula saya mengidam benar perkara sama.Tak ada lain saya minta dari Allah, sempatlah saya bawa mereka berdua insya-Allah. Abah walau dah pernah tunaikan haji tahun 1993 dulu, saya tetap…
Itulah Hari Arafah
Barulah faham kenapa yang pernah tunaikan haji akan merindui ibadah ini serindunya. Habis bermatian dalam merindukan Arafah dan Wukuf. Ia pengalaman bersimpul manis rasa bahagia.Bahagia yang tak boleh dicabar, tak boleh beza dengan apapun bahagia yang lain. Udaranya,Suasananya,Mataharinya,Cuacanya,Anginnya,Ya, menyambut-nyambut doa kami semua. Barulah faham erti rasa sangat akrab dengan Allah.Barulah faham apa maksud dekatnya dengan…
Bermimpi Nak Jadi Petugas Haji
Inilah kawan baik yang sama-sama pernah bermimpi nak jadi petugas haji sekitar 25 tahun lalu. Tuhan je tahu macam mana sabarnya dia dengan saya. Saya banyak merepek, bukan-bukan aje, dia baik, tukang remind solat, tukang tanya dah mengaji ke belum ke apa ke. Dia lah. Kalau bergaduh, buruk nau. Berbaiklah semula alhamdulillah. Kami dah berkawan…
Baiknya Allah Melayani Kita
Betapa baiknya Allah. Mampu, pergi Haji Muasasah.Lagi mampu, pergi haji ikut pakej. Tak mampu, buat korban.Tak mampu juga, berdoa Hari Arafah di tempat masing-masing, menunaikan solat raya, sambut raya, lihat perlaksanaan ibadah korban, bantu melapah dan mengagih daging korban. Semua dapat pahala mengikut kemampuan masing-masing. Alhamdulillah. Baiknya Allah melayani kita semua. Alhamdulillah.
Rumah Yang Berjaya
Lega amat dah kembali beransur sihat dan alhamdulillah syukur amat si Abdullah meligat kembali. Saya anak 2 orang sahaja setakat ini, ke depan tak taulah kot ada lagi haha. Syukur amat. Anak pertama dapat selepas 6 tahun berkahwin. Anak ke-2 selepas 18 tahun berkahwin (beza 12 tahun dengan anak pertama). Seorang perempuan, seorang lelaki. Syukur…
Saya Baru Belajar, Tahun Pertama
Sekitar 2-3 tahun ini saya memang duk dengan petugas haji, tanya apa yang kena jangka apabila datang ke Tanah Suci sebagai petugas haji. Jawapan mereka lebih kurang sama: “Tak dapat tidur, tak dapat rehat, jangan berharap dapat berjalan sana sini, sentiasa dalam kepala, dalam jiwa kena sabar, jemaah ada yang sangat bagus, ada juga yang…
Solat Jumaat Kawasan Aziziyah
Solat jumaat semalam di kawasan Aziziyah ini, imamnya benar-benar prihatin. Melihat jemaah melimpah keluar, dengan kepanasan sekitar 45 darjah,Khutbahnya sekitar 10-15 minit aja. Solat pun surah pendek. Sekejap aja jadinya.
Alam Shah Travel & Tours
Hari ini bawa jemaah melihat tempat melontar. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kawasan ini akan ditutup sepenuhnya untuk beri laluan ibadah haji dilaksanakan dengan sebaiknya. Sekarang jemaah boleh lagi datang dan lihat kawasan Jamraat ini untuk tahu kedudukan khemah dan laluan mengikut PJH masing-masing. Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd buat inisiatif bawa semua…









