Rumah Yang Berjaya

Lega amat dah kembali beransur sihat dan alhamdulillah syukur amat si Abdullah meligat kembali.

Saya anak 2 orang sahaja setakat ini, ke depan tak taulah kot ada lagi haha. Syukur amat. Anak pertama dapat selepas 6 tahun berkahwin. Anak ke-2 selepas 18 tahun berkahwin (beza 12 tahun dengan anak pertama).

Seorang perempuan, seorang lelaki. Syukur alhamdulillah.

Membesarkan anak pada zaman orang perhati, orang nak tahu, orang ikuti dan orang ambil peduli tak sama macam zaman kita membesar. Jiran sekadar tanya kau anak siapa, kemudian kita sambung bermain.

Sekarang, kereta kemain laju sana sini,
bahaya itu ini,
nak keluar pun susah.

Maka pelajaran anak di dalam rumah adalah segalanya.
Sudahnya, memang ya tak berapa pandai berinteraksi.
Takut itu, takut ini.
Geram pun iya kadang-kadang.

Zaman kita, bukan kita tak takut, tapi sebab kita diberi peluang explore. Emak abah memang suruh kita main di luar.

Berlari tak pakai kasut itu biasa,
memanjat pokok sampai jatuh-jatuh itu biasa,
merasa parut di dahi,
tangan patah bagai.

zaman sekarang, tak ada semua itu. masuk longkang, naik basikal pusing felda, semua tak ada. duklah dalam rumah. weekend pergi pasaraya jalan-jalan haha, lepas itu kita tertanya kenapa anak kita susahnya nak berkomunikasi. hangin aku.

apapun, kena suit dengan mereka, kena belajar peduli pasal keluarga, syukur mereka hari-hari ke rumah tokwannya dan saya peduli benar untuk selalu bawa balik ke kampung.

biar rasa berinteraksi itu kuat. baru dia belajar.
asas utama dalam apapun hubungan dalam dunia ini adalah komunikasi, jika itu tiada, takkan ada kemajuan. walau untuk kemajuan diri, ia kekal kena ada komunikasi kepada dunia luar.

wajib.

Saya yakin kalian juga ada masalah sama,
ayuh kita berusaha suit dengan dunia mereka,
semua anak-anak berjaya dari rumah, gagal juga datang dari rumah. bukan salah cikgu cikgi okeh.

rumah yang berjaya adalah dari ibu bapa yang berjaya didik anak-anak.

agama, didik, asuh, adab, tanggungjawab, membesarkan semua tugas kita.

begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
kena belajar lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *