Jam 12.52 pagi masih di transit di Dubai, tadi dari Madinah, letak aja punggung di tempat duduk, nahhhh tidur terus hahaha. Tak sedar ke apa sampailah nak mendarat. Makan tidak, apapun tidak, saya lena selena-lenanya.
Agaknya dah bermula “release” perkataan rehat dalam kepala, maka badan pun nak ikut juga. Jadi terus semua nak reset sekejap. Ada lagi sejam lebih sebelum nak bersedia untuk berangkat ke KLIA pula. Ada lagi 7 jam perjalanan insya-Allah.
Ya sungguh, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dulunya kalau saya singgah adalah tempat sesibuk-sibuk manusia, kini tak seperti itu, agak lengang, sunyi sedikit. Senang nak mencari seat sana sini. Membeli pun tak ada beratur panjang.
Dulu orang bilang Dubai adalah syurga nak berniaga, selepas isu besar negara rantau mereka iaitu Iran terlibat dengan perang USA, maka berlaku ketegangan besar sehingga Dubai juga diserang.
Bayanglah, ada kawan saya sudah berniaga sekitar 15 tahun dan mengaut kekayaan di sini, beliau antara yang sering sebut Dubai adalah rumah ke-2nya, kini beliau mencari peluang di Saudi pula. Tiba-tiba dalam sehari dua lepas, beliau kata macam kena cari di tempat lain, macam sama aja takut ada “perang”.
Begitulah dunia hari ini,
maju semaju-majunya,
hebat sehebat-hebatnya,
kaya sekaya-kayanya,
tapi masih ada masalah hingga melibatkan peperangan.
Kalian kena tahu, kos perang bukan sahaja ditanggung oleh yang berperang, tapi semua negara yang ada di dunia ini.
Kos bertambah,
semua naik,
maka kita semua akan kena tempiasnya. Tak pasal-pasal.
Begitulah tulisan berat awal pagi di Dubai hahaha.
Doakan saya dan 2 lagi petugas selamat sampai ya!
Nak makan nasi lemak, nak makan ayam gepuk, nak kari, nak sambal telurrrrrrr, nak peluk semua orangggggggg
