Ayam Percik
Baik, kita mulakan petang ini dengan resipi ayam percik senang bukan main. Ya, laki kau kan jenis suka makan ayam ini apabila datangnya ramadan bulan yang mulia. Kan? Oleh kerana biasanya ayam percik ini dijual oleh adik-adik cun, eloklah kau buat sahaja sendiri. Bulan ini doa makbul, buatnya laki kau terdoa tentang penjual ayam percik…
Kek Lobak Merah
Pagi-pagi ahad ini kita buat kek lobak merah jom. Anak-anak bangun terus nampak makanan sihat di pagi hari. Eh yelah sihat, pakai sayur kot buat kek hahahaha. Awas jangan pembaris. Ok jom. Bahan-bahannya ialah: 2 cawan lobak merah disagat. 1-1/4 cawan gula perang halus 3/4 cawan minyak masak 1/2 cawan walnut yang dicincang kasar 1/2…
Sambal Hijau Udang Petai
Bagi kau yang suka sambal-sambal ini, mungkin resipi Sambal Hijau Udang Petai ini menggamit selera kau masa berbuka petang ini. Hihi. Senang sahaja nak buatnya. Rasanya pedas, ada masam sikit dan dah tentunya tambahan petai itu menjadikan sambal kau umph! Yelah, hari-hari makan daging, penat juga kan? Okeh mari kita ke dapur. Sambal Hijau Udang…
Telur Itik Masa Lemak Cili Padi
Nah. Mesti kau dah penat nak makan rendang bagai. Perut pun sudah mula kembong-kembong kerana tak berapa nak hadam. Lagi pula kau kan suka minum air manis. Ini ha, jika di pasar ramai makcik-makcik menjual telur itik. Kau beli. Buat masak lemak cili api sedap woih. Regukan pula dengan sambal belacan. Fuh. Masaknya pula bapaklah…
Energi Bar Suka Hati
Malam ini abang nak kongsi energy bar untuk kekal bertenaga dan sihat pada siang hari. Sesuai untuk laki kau yang tak habis-habis pergi makan nasi lemak hari-hari. Energy bar suka hati ini kau boleh ubah ikut kau. Nak guna buah, kena guna buah kering. Karang mulalah mengada tanya “boley tak ganti buah tin? Ai elergik…
Candy Kelapa
Candy kelapa ini kami biasa makan di kampung emak, apabila pulang ke Cha’ah, memang merasalah manisan ini. Memang ya, manis ya ampun. Makan pun kena sikit-sikit. Kahkah, itu tipu. Mana yang suka, memang mengulanglah makan. Hihi. Kau boleh sediakan pagi ini, petang nanti dah boleh makan. Lagi sejuk, lagi sedap. Cuma bukan sejuk dalam peti…
Nasi Goreng Kimchi
Sesekali nak merasa makanan Korea. Lebih pula kawan kita Puan Melor MHodari ada mengusahakan Kimchi yang sama sungguh dengan kimchi di sana. Jadi, hari ini abang nak kongsi betapa mudahnya nak buat nasi goreng kimchi. Ianya pedas, menyelerakan dan pastinya sihat. Hihihi. Dalam masakan kali ini, yang tak ada ialah Sos Gochujang. Huhu terlupa nak…
Agar Agar Santan
Jika kau dalam perjalanan balik ke rumah, kau singgah sekejap ke kedai runcit. Beli pek agar-agar kering yang 20gm macam plastik itu. Kita buat agar-agar pandan santan 2 layer yang jiran sebelah rumah emak kau bangga tersebut. Senang sahaja okeh. Pejam mata pun boleh siap. Cewah. Makan pula masa berbuka nanti. Ya Tuhan, sabar sahajalah…
Sambal Putik Pauh
Semalam cuba-cuba buat sambal putik pauh. Makanan ini agak terkenal di Kelantan. Semasa saya dan isteri bertugas di sana sekitar tahun 2007 dulu, memang ya sedap ya ampun. Dah balik pindah Bangi, susah dah nak jumpa. Apabila tengok ada pauh epal lawa bukan main bergantung di kedai runcit, terus terfikir nak buat. Namun macam biasa,…
Kari Kambing India
Bagi peminat kari kambing stail tak ada santan, ini ha abang sudah sediakan untuk kau resipi senang. Punya lama simpan semata nak up dekat nak raya. Kahkah. Yelah, itu hari dah kasi resipi nasi beriyani, ini mungkin boleh jadi regunya yang power. Kari Kambing India. 3kg kambing, campur tulang. 3 biji bawang besar India, 5…









