Agar Agar Santan

Jika kau dalam perjalanan balik ke rumah, kau singgah sekejap ke kedai runcit. Beli pek agar-agar kering yang 20gm macam plastik itu. Kita buat agar-agar pandan santan 2 layer yang jiran sebelah rumah emak kau bangga tersebut.

Senang sahaja okeh. Pejam mata pun boleh siap. Cewah. Makan pula masa berbuka nanti. Ya Tuhan, sabar sahajalah telan air liur. Okeh jom kita buat.

Agar-Agar Pandan Bersantan.

Bahan-bahannya ialah:

1 pek agar-agar kering 20gm.

2-3 titik pewarna hijau.

5-7 helai daun pandan.

2-5 cawan air.

4 sudu gula.

1/2 kotak kecil santan kotak.

Emak aku kata rendam dulu agar-agarnya supaya kembang dalam 10-15 minit. Kemudian kau bilas dengan air dan letak air baru dalam 2 cawan.

Kemudian kau hidupkan api dan terus masukkan gula.

Kemudian kau hidupkan api dan terus masukkan gula.

Daun pandan tadi kau potong halus kemudian kau kisar dengan 1 cawan air. Tapis dan tuang airnya ke dalam periuk. Kalau malas, kau guna sahaja pandan emulco. Haha 1 sudu kecil ya.

Biarkan sampai mendidih dan semuanya dah sebati, kau tutup apinya.

Letak dalam loyang atau bekas, biarkan sejuk sekejap dalam 30-40 minit baru masukkan ke dalam peti ais.

Dah dekat berbuka baru potong dengan pisau agar-agar yang zigzag begitu. Kahkah.

Amacam? Cantik tak dia punya layer itu. Atas itu santannya naik. Bawahnya air pandan. Power power.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *