Kari Kambing India

Bagi peminat kari kambing stail tak ada santan, ini ha abang sudah sediakan untuk kau resipi senang. Punya lama simpan semata nak up dekat nak raya. Kahkah.

Yelah, itu hari dah kasi resipi nasi beriyani, ini mungkin boleh jadi regunya yang power.

Kari Kambing India.

3kg kambing, campur tulang.

3 biji bawang besar India,

5 ulas bawang merah India,

7 biji cili hijau besar,

5 biji buah tomato,

3 inci halia,

5 sudu besar rempah kari daging,

1 sudu besar serbuk jintan manis,

1 sudu besar serbuk cili,

1 sudu besar serbuk kunyit,

3 batang kayu manis,

3 kuntum bunga lawang,

1 sudu besar buah pelaga,

3 tangkai daun kari,

2 sudu besar rempah beradik (halba, jintan dan biji sawi),

2 sudu besar asam jawa,

5 biji kentang,

5 biji badam,

1-2 sudu kecil garam,

Sedikit air.

Cara-caranya kau tengok dalam gambar ya.

Rendam daging kambing dengan 1 senduk tepung dalam 15 minit, kemudian bilas. Nak kasi buang baunya sahaja. Kemudian toskan.

Hiris semua bawang dan halia begini.

Kemudian dalam periuk, kau buka api dan letak sedikit minyak. Dalam 3-5 sudu besar.

Masukkan semua rempah kasar dengan bawang-bawangnya serta halia ya. Tumis sampai layu dan berbau harum.

Ya begini.

Kemudian terus masukkan daging kambing. Kacau rata dan masukkan dalam 1/4 cawan air. Kacau rata sampai air dagingnya itu mula keluar.

Masukkan semua rempah serbuk dalam mangkuk, kemudian bancuh dengan 1 cawan air. Kacau rata.

Ya masukkan dengan gembira. Abang tak suka tumis rempah serbuk. Kerana biasanya rempah begini sudah pun masak, jadi jika tumis akan lari rasa umph dia. Cuma jika buat begini, kari perlu masak lebih lama ya.

Ya gaul begini. Airnya akan semakin keluar.

Masukkan daun kari dengan batangnya sekali. Nanti rasanya lagi power!

Masukkan kentang dan 1 cawan air lagi ya.

Potong tomato dan cili hijau begini.

Apabila dan mendidih karinya, masukkan cili hijau dan tomato tadi.

Tengok kentang dah masak ke belum baru boleh masukkan asam jawa dan garam. Jika kau termasukkan awal, daging dan kentang susah benar nak empuk. Lambat kemain. Jadi masukkan lewat-lewat ya. Kalau terlalu pekat, kau tambah air sikit-sikit ya.

Dan kau tumbuk halus badam sampai betul-betul lumat, kau masukkan. Dia akan kasi lemak kepada kari. Power woih.

Dah berminyak begitu, tengok daging kambingnya dah empuk ke belum, bolehlah kau tutup api.

Siap! Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *