Pagi-pagi ahad ini kita buat kek lobak merah jom. Anak-anak bangun terus nampak makanan sihat di pagi hari. Eh yelah sihat, pakai sayur kot buat kek hahahaha. Awas jangan pembaris. Ok jom.

Bahan-bahannya ialah:

2 cawan lobak merah disagat.

1-1/4 cawan gula perang halus

3/4 cawan minyak masak

1/2 cawan walnut yang dicincang kasar

1/2 cawan kismis

1-1/2 cawan tepung gandum

1-1/2 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil serbuk kayu manis

1 sudu kecil esen vanilla.

3 biji telur gred A

Cara-caranya, terus tengok gambar. Nak kongsi (share), kongsi sahaja ya, tolonglah jangan duk tanya boleh share ke tak boleh share ke tak. Butang share memang dah ada. Yang saya haramkan ialah pergi curi gambar saya buat ini kemudian dia up di wall dia. Itu haram. Haha.

Selamat mencuba ya!

Kasi sagat dulu lobak merah. Cantik papan pemotong. Siapa nak tempah, tempah di Rencah Mudah ya, sini whatsappnya http://www.wasap.my/60166577157/rencahmudah

Ha begini jadinya. Ok ini tips nak buat kek lobak merah.

Kalau hangpa nak tekstur kek ada macam span, dia lembut je, hangpa perah lobak ni. Buang airnya. Kalau nak kek itu basah dan sangat cair dalam mulut, jangan perah. Buh je gitu. Saya buat stail basah kali ni

Potong walnut pula

Potong kismis juga

Okeh ketepikan semua ini.

Masukkan gula perang, minyak, esen vanila dan telur. Pukul sampai sebati

Ha begini dah ok. Jangan kembang sangat

Masukkan tepung, soda dan serbuk penaik bersama serbuk kayu manis

Humban je terus lobak, walnut dan kismis tadi. Kacau manja dulu dengan tepung

Ha gitu biar tepung tu kena dengan lobak semua baru kaut semua sebati

Ha jadi ginilah

Oleskan loyang 8 x 8 dengan sedikit minyak dan tepung

Buh dalam loyang tersebut

Panaskan dulu ketuhar selama 20 minit dengan suhu 160 kemudian bakar dengan suhu 170 selama 45 minit

Dah masak, kasi cucuk dengan pisau

Ha bersih gini kira masaklah tu

Sementara nak tunggu kek sejuk, kita siapkan keju krimnya ya. 1 pek keju krim 250gm dan 3/4 cawan gula aising atau gula perang halus.

Pukul sampai sebati. Sejukkan semula

Okeh kek dah sejuk dah bolehlah ambil gambar haha

Buh keju krim.

Gitu dah lawa dah.

Kasi potong sikit. Ha tengok tekstur dia macam basah basah kan. Sedaaaap

Aummm. Bismillah

Sedap wehhhh. Selamat mencuba ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *