Topik Dulu Baru Posting
Orang tanya saya, “Macam mana boleh buat duit dari konten?” Jawapan saya senang. Buat konten dulu. Banyak. Setiap hari. Konsisten. Tanpa berhenti. Pastikan ada topik. Topik bagus boleh bina 1,000 posting. Bukan sehari dua, bukan seminggu, bukan sebulan, bukan setahun pun. Tapi sepanjang masa kita ada di media sosial ini. Ha, sekarang ramai duk terbalik…
Saya Cuba Jadi Personal Shopper
Masa keliru tak tahu nak buat apa selepas bisnes tumbang dulu saya cubalah jadi personal shopper (PS) orang kaya semula. Dato/Datin Seri (DS) yang saya kenal biasanya tak ada masa nak membeli barang. Tapi sebab kena sekat ke luar negara waktu itu, menggagau juga nak dapatkan barang apa sesuai nak bantu mereka. Tiba-tiba salah seorang…
Luka Itu Jambatan ke Hati Audien
Audien tak tertarik dengan kisah sempurna. Konten kena menarik perhatian audien. Mereka tertarik dengan kisah jatuh dan bagaimana kita bangun. Itu audien nak belajar. Pastikan cerita itu cerita betul. Itu lagi mustahak. Contoh silap:Alhamdulillah, perjalanan saya dalam bisnes sentiasa diberkati dan lancar dari awal sampai sekarang.audien rasa jauh, rasa kau di langit, mereka di tanah.…
Tuah Datang Sekali, Sistem Datang Seumur Hidup
Konten satu kali viral itu bertuah. Konten konsisten setiap minggu itu sistem. Tuah datang sekali, sistem datang seumur hidup. Contoh silap:Post apabila ada idea, hilang apabila sibuk. Bulan ini 12 post, bulan depan 2 post. algoritma tak kenal kita, audien lupa kita. Macam kedai yang buka ikut mood, pelanggan akhirnya pergi kedai sebelah. Contoh betul:Saya…
Headline Lemah, Isi Pun Mati
Headline itu pintu rumah konten kau. Pintu rosak, tetamu tak masuk. Walau dalam rumah ada kenduri. Contoh silap:Perkongsian tentang bisnes online untuk semua. Ini terlalu umum, tak ada hook, tak ada janji, tak ada bukti, tak ada story. Audien scroll terus tak berhenti. Headline ini macam jemput orang masuk rumah, tapi pintu tak buka. Contoh…
Penutup Konten
Banyak konten bagus, tapi penutup hambar. Macam masak rendang semua bahan ada, last-last lupa garam. Contoh silap:Ok, itu sahaja perkongsian saya hari ini. Selamat mencuba semua. Buat penutup ala template. Audien tutup phone, lupa kau dalam 3 saat. Tiada arahan, tiada sambungan. Contoh betul:Kalau kau orang ada cara sendiri yang dah terbukti, drop dalam komen.…
Cerita Kita Itu Modal Kita
Konten paling berkuasa ialah konten yang hanya kau seorang boleh tulis. Bukan copy paste dari mana-mana. Ia adalah konten pengalaman. Very powerful. Kau seorang sahaja ada pengalaman itu. Contoh silap:5 tips untuk produktif: 1) Bangun awal 2) Buat senarai 3) Fokus satu kerja 4) Elak sosial media 5) Tidur cukup. tips ini dah ada di…
Kena Ada Impak
Konten kena tinggalkan sesuatu untuk pembaca. Kalau habis baca dan audien dapat zero, itu konten beku. Contoh silap:Penat ya hari ni. Banyak kerja. Esok pun sama. Huhu. audien dapat apa? Tak ada. Hanya tahu kau penat. Kau tak rugi pun, tapi audien rugi 5 saat hidup mereka. Contoh betul:Penat ya hari ni handle 3 client…
Konten Spesifik itu Kuat
Konten umum itu jatuh dalan kategori konten lemah. Konten spesifik itu kuat. Audien percaya pada angka, nama, tarikh (sebagai contoh). Contoh silap:Saya banyak naik berat badan kebelakangan ni. Stress. berapa banyak? Bila? Sebab apa? Audien tergantung. Tak boleh respond, tak boleh empati, sebab tak ada pegangan. Contoh betul:Saya naik 4kg dalam 30 hari. Punca utama:…
Tulis Macam Cakap
Konten tulis itu bukan sekadar betul ejaan dan tatabahasa. Ia kena rasa dekat dengan pembaca, macam kawan tegur kawan. Contoh silap: Marilah kita bersama-sama menyelami pelbagai dimensi keistimewaan produk yang sememangnya luar biasa ini. bahasa terlalu kaku, macam karangan peperiksaan. Audien media sosial akan skrol terus, sebab rasa tak ada nyawa dalam ayat itu. Contoh…








