Masa keliru tak tahu nak buat apa selepas bisnes tumbang dulu saya cubalah jadi personal shopper (PS) orang kaya semula. Dato/Datin Seri (DS) yang saya kenal biasanya tak ada masa nak membeli barang. Tapi sebab kena sekat ke luar negara waktu itu, menggagau juga nak dapatkan barang apa sesuai nak bantu mereka.
Tiba-tiba salah seorang DS whatsapp nak minta belikan Macbook Pro 2 unit untuk anak menantu kawan baik dia yang baru terima menantu baru, jadi nak jadiahkan sebagai hadiah pengantin.
Kita dengan hutang bisnes yang duk mengejar sana sini. Ada jugalah ketakutan nak buat PS ini. Saya beritahu DS tersebut saya cas RM300 sebuah siap hantar ke rumah. Beliau okey aja.
Saya beli di website, pilih pick up. Tinggal nak ambil ajalah. Masa saya pergi ambil, elok pulalah ada follower dalam kedai sama.
Beliau terus cakap “wah siap beli 2 lagi, kata dekat wall banyak hutang.”
Terkulat-kulat saya.
Saya pun tarik nafas, gunakan teknik dragon ball yang ditonton dari kecil, terangkan siap tunjuk bukti perbualan saya dengan DS tersebut.
Beliau pun mohon maaf. Sebabkan hal itu, nak keluar dari kedai tersebut sampailah ke kereta, jadi takut. Takut kena fitnah kang orang ambil gambar kata kita berjoli ke kita masih kaya raya ke tapi dekat wall kata kita penuh hutang. Aiyo amma.
Saya pun argghhh jalan je laju-laju masuk kereta dan pergi hantar.
Lepas hantar, DS itu kasi saya duit tambahan lagi 400. Alhamdulillah dapatlah RM1k untuk job tersebut.
Gitulah saya cari duit gais. Apa aja saya buat demi nak hidup nak bayar hutang.
Hidup berhutang ini selagi tak selesai, tak aman.
Dahlah mengadap kena kejar bayar hutang,
Kena hadap pula cakap-cakap orang.
Tapi sebab matlamat kita besar,
Argghhhhh lawan ajelahhhh. Janji kita usahaaa. Bukan duk sesaja.
Baki lagi RM800k+ aja. Doakannnn.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah!
