Mula Dapat Kesan Trend Ujian

Saya sering perasan perkara yang ini, setiap kali saya dapat ujian baru, ujian yang saya tak pernah hadap sebelum ini, jika saya dapat harungi dengan baik, respon saya terhadap ujian itu adalah baik, maka saya akan dapat benda besar selepas itu.

Saya tak pasti kalian pun sama atau tak, cuma sejak saya dibebani hutang bisnes pada 2022, saya dah mula dapat kesan trend ujian kepada saya. Alhamdulillah.

Iya, ada ujian yang dah ala pernah dilalui,

ada yang baru dan pelik kenapa pula saya diuji begitu.

Fasa pertama memang ya saya sering tertanya kenapa saya pula diuji benda bukan-bukan begini, tapi cukuplah bertanya ala kadar, kena respon dengan sebaiknya.

Kalau kita respon dengan marah, benci, kecewa dan gelisah tak boleh tidur berhari-hari, kita rugi. Sekarang saya usahakan dengan respon kepada solusi dan saya berfikir selepas selesai saya akan jadi apa. Proses solusi adalah proses perit, tapi kena lalui juga. Tak boleh lari.

Contoh mudah, hari semalam. Kecil aja cerita ini. Saya nak baiki paip di rumah, saya hubungi tukang paip yang buat paip di pejabat kami, tapi beliau tak boleh datang, maka beliau minta kawannya tengokkan.

Si kawannya ini telefon dengan kerap dan saya beritahu sebaiknya whatsapp sahaja. Beliau akur sekejap, kemudian telefon lagi nakkan video paip rosak itu. Saya beritahu nanti saya pulang ke rumah, saya akan beri.

Tup tup pulang sedikit lewat, kemudian terus aja bersedia ke Webinar terus lupa nak hantar video.

Pagi-pagi sekitar 7.30 dia telefon lagi, saya beritahu tak apalah saya cari orang lain, saya rasa terganggu betul. Dia marah saya hahahahaha. Dia bilang “sikit pun aku tak heran dengan orang macam kau.”

Kalau dulu, sah-sah saya akan print screen dan sebarkan aja. Sekarang saya fikir lain, boleh jadi dia kejar sales. Dia pun nak pakai duit, maka dia nak sales cuma mungkin dia tak perasan ada waktu orang masih nak bersiap sana sini bagai.

Teguran saya ringkas aja, saya beritahu saya terganggu dia kerap telefon. Malah dah beritahu whatsapp aja. Tapi berkeras nak telefon juga. Saya boleh jadi salah kerana beritahu begitu dengan dia.

Allah takdir, ada orang lain boleh bantu. Tak perlu hantar video bagai, dia terus datang dan tengok, sekitar 40 minit, siap terus alhamdulillah.

Selesai.

Jika saya melawan di media sosial, tenaga saya habis untuk berlawan dengan dia, nak cari orang baru, boleh jadi takut pula kalau orang itu ini berkenal dengan mamat tersebut, iyalah siapa suruh bergaduh. Tapi alhamdulillah saya dah tua, saya fikir tak apalah dia nak marah, dia mungkin sedang dalam kekusutan, saya pernah di tempat dia dulu.

Kejar sales sampai pagi petang siang malam duk follow up.

Huhuhu. Apapun, semua tentang respon kita aja. Respon kita baik, maka tenanglah hidup. Tak baik, sampai seminggu dua duk terfikir sana sini.

Ha, macam sekarang kena pulun cari 35k nak bayar itu ini, lagi 80k nak beli equipment juga 80k nak bayar hutang. doakan! ada lagi 3 hari nak habis januariiii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *