Beza tau. Saya memang penulis. Jadi saya menulis buku, journal dan ebook dari dulu, ya memang menulis. Saya tumbang ke saya tak tumbang ke, saya memang menulis.
Setakat ini saya ada sekitar 28 naskhah buku dan 200+ ebook. Saya tak tulis kisah kejatuhan saya sahaja. Ada berbagai perkara saya tulis.
Saya siap ada 3 naskhah buku resipi.
Ada travelog.
Ada novel bagai.
Untuk ebook,
Saya perbanyak tentang marketing,
Konten,
Platform,
Strategi bermain,
Buat duit di media sosial,
Branding di media sosial,
Juga tentang hutang bisnes saya.
Ada banyak ebook, lebih 200 naskhah.
Jadi nak samakan saya dengan orang yang baru tumbang kemudian tulis 1 ebook, tak acilah. Untuk masuk podcast pun saya pilih betul-betul. Saya ada ja dijemput sana sini, tapi saya usahakan tapis. Ya, saya juga tak buat produk yang saya tahu ada ruang untuk dikecam dan dipertikai. Saya tak mahu. Biarlah susah sikit janji hidup emak abah saya, keluarga saya, saya sendiri dan team tak hiruk pikuk selepas itu.
Jadi sekali lagi tak acilah saya dimasukkan sekali dalam kelompok yang disebut-sebut sekarang.
Saya jauh berbeza. Saya penulis. Darah penulis. Beza tau.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Masih di Madinah Al-Munawwarah.
