Kita Tentukan Kita Nak Jadi Apa Apabila Ujian Datang

Raya ini raya kali pertama dapat soalan berulang “macam mana saya lantakkan apa orang kata?”

Jawapan saya “kalau kita boleh jawab, kita juga boleh diam. Kalau kita boleh diam, kita juga boleh lantakkan. Jadi lantakkan jelah. Selagi tak berlanggar hukum agama kita, takpa, lantak jelah.”

Kawan-kawan tau tak,

Emak saya India. Abah saya melayu

Kami dah biasa diejek anak kel*ng.

Dah biasa diejek tentang emak. Macam-macam, tak tergamak nak tulis di sini nanti emak baca.

Dari tadika. Haha. Macam mana boleh budak tadika mengejek? Ia datang dari emak ayah depa. Masuk ke sekolah rendah pun begitu. Anak-anak cikgu mengejek kami. Cikgu itu kami kenal sampai ke hari ini.

Macam mana anak-anak cikgu tahu tentang emak kami sedang kami tak pernah bercerita? Haa sebab emak bapanya yang bercerita. Itulah benda paling tak berguna saya belajar kenapalah ibu bapa mengajar anak-anak depa begitu.

Itu soal awal kami membesar. Belum lagi masuk sekolah sana sekolah sini begitu begini.

Sebab itu saya jadi begini.

Adik beradik saya,

Ada yang super sensitif sampai ke hari ini.

Ada yang pendekar. Haha yang ini pantang usik memang keluar pencak bagai.

Ada baik, penyabar.

Ada yang buat bodoh duduk jauh.

Ada yang tukang lerai. Macam-macam.

Kami dibesarkan dalam suasana begitu. Diejek dalam keluarga pun ada. Dicemuh pun ada. Dihina pun ada. Macam-macam plot berlaku depan mata.

Hanya kerana emak kami ini berbangsa India.

Saya telan apa orang cakap. Dari dulu saya dah biasakan untuk lantak je. Jadi apalah sangat apa berlaku hari ini. Kacang ja nak lantakkan haha.

Apa susah, lelebih je saya block kahkahkah.

Gitulah kawan-kawan ceritanya.

Kita tentukan kita nak jadi apa apabila ujian datang. Kita punya respon itu menentukan apa kita akan jadi hari ini, esok dan seterusnya.

Jadi responlah dengan sebaiknya. Nak lantak, lantakkan je okeh.

Bismillah.

Khairul Hakimin Muhammad

Ingat senang kahwin campur?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *