Kena letak dalam kepala tak semua orang tahu. Sepanjang sekitar 40 hari berada di sini, barulah saya tahu ada yang tak tahu Kaabah itu letaknya di mana. Ada yang tak tahu Masjid Nabi SAW di mana.
Dalam 3-4 PM tepi bertanya soalan lebih kurang sama.
Ada yang ingat Kaabah dan rumah Nabi SAW bersebelahan aja. Ada yang tak tahu ia terletak di negara apa.
Ada yang tanya kenapa haji dibuat pada 1x sahaja setahun. Kenapa tak boleh buat berkali-kali.
Ada yang ingat buat umrah boleh dapat title haji.
Tenang kawan-kawan,
Jika saya dapat soalan ini waktu umur saya 20an, saya mesti cakap “itu pun tak tau ke? Tak solat ke? Takkan benda macam ini pun tak tahu.”
Tapi dan umur nak masuk 45, saya banyak dah belajar bersangka baik. Saya kasi tahu aja. Maklumkan aja. Beritahu aja.
“Kaabah dalam Masjidil Haram, di Makkah Al-Mukarramah.
Kediaman Rasulullah SAW, di dalam Masjid Nabawi, di Madinah Al-Munawwarah.
Jarak ke-2 lokasi ini sekitar 450km. Jauh.”
Ada lagi jawapan lain.
Kawan-kawan,
Kesedaran, kepandaian, kebijaksanaan benar memang perlu dicari. Jika ia mula mencari umur 30, apa kita boleh buat ialah bantu aja. Bukan persoal.
Semoga kita saling memudahkan. Kita cuba persoal, akan buang masa, buang tenaga dan buat orang yang bertanya bersedih hati. Jawab ajalah sebaiknya.
Saya pun belajar sesuatu juga hari ini.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Alhamdulillah.
