Banyak konten bagus, tapi penutup hambar. Macam masak rendang semua bahan ada, last-last lupa garam.
Contoh silap:
Ok, itu sahaja perkongsian saya hari ini. Selamat mencuba semua.
Buat penutup ala template. Audien tutup phone, lupa kau dalam 3 saat. Tiada arahan, tiada sambungan.
Contoh betul:
Kalau kau orang ada cara sendiri yang dah terbukti, drop dalam komen. Saya pun nak belajar. Yang nak panduan penuh 30 muka surat, link di bio (ada CTA)
Boleh juga beritahu begini, semua orang ada caranya tersendiri, maka buat aja tanpa tapi. Tak berbuat, kita rugi. Orang berbuat, dia untung berkali-kali (ada pesanan).
Ha ada arahan jelas (komen + link bio), ada engagement (saya pun nak belajar), ada langkah seterusnya, ada pesanan, ada ingatan. Konten bukan setakat habis, tapi bersambung.
Khairul Hakimin Muhammad,
Penutup itu pintu ke konten kau yang seterusnya.
