Pembaca banyak tapi jualan kosong. Engagement tinggi tapi sales rendah. Ini masalah biasa yang ramai usahawan content hadapi.

Sebab utamanya — tak ada bridge antara konten dengan offer. Pembaca seronok baca, tapi tak tahu nak ke mana selepas tu.

Kawan-kawan, ini 5 cara saya bina bridge tu:

Satu, setiap 4 post bermanfaat, 1 post offer. Bukan setiap hari hard sell. Bukan juga tak pernah jual langsung. Nisbah 4:1 ni paling selesa untuk pembaca.

Dua, sebut produk dalam cerita, bukan dalam iklan. “Semalam ada peserta coaching saya tanya…” — secara tak langsung, pembaca tahu tuan ada coaching. Tanpa rasa dipaksa.

Tiga, ada lead magnet percuma. Ebook pendek, checklist, template. Sesuatu yang pembaca boleh dapat dengan tukar email atau WhatsApp. Lepas tu, tuan boleh terus berhubung di luar media sosial.

Empat, buat CTA yang spesifik. Bukan “DM untuk tahu lebih lanjut”. Tapi “Klik link di bio untuk dapatkan ebook RM29”. Pembaca perlu arahan jelas, langkah demi langkah.

Lima, follow up. Orang jarang beli kali pertama nampak offer. Mereka beli kali ke-7, ke-8, ke-10. Sebab itu konsisten ni penting. Bukan jual sekali. Tapi muncul berulang-ulang dengan nilai yang sama.

Bina bridge ni perlahan-lahan. Sebulan dua bulan, tuan akan nampak hasil.

Ya main konten organik kena banyak sabar. Sabar itulah akan beri hasil berpanjangan.

Tak payah viral sangat.
Tak payah kejar fomo.
Kejar konsistensi.
Kejar fokus.

Hasilnya,
Insya-Allah menaik,
Makin hari makin sedap.
Makin hari makin lebat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kasi jadi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *