Gambar jarak dekat Kaabah yang disingkap Kiswahnya. Hal ini berlaku pada musim haji sahaja. Ia disebut sebagai Kaabah Berihram.
“Kaabah berihram” merujuk kepada perlaksanaan menaikkan atau menukar kain penutup Kaabah (Kiswah) yang disingkap beberapa meter dan digantikan dengan kain putih (ihram) di bahagian bawahnya setiap kali tibanya musim Haji. Ia adalah simbolik bermulanya musim ibadah haji.
Saya dapat berpeluang mendekati Kaabah selepas selesai tawaf sunat. Sehingga hari ini masih boleh lagi berpakaian biasa untuk turun ke Mataf.
Rasanya esok atau lusa bermula semula wajib memakai ihram untuk turun ke depan Kaabah.
Apapun, alhamdulillah. Gambar ini untuk kalian.




