Tuah Datang Sekali, Sistem Datang Seumur Hidup

Konten satu kali viral itu bertuah. Konten konsisten setiap minggu itu sistem. Tuah datang sekali, sistem datang seumur hidup.

Contoh silap:
Post apabila ada idea, hilang apabila sibuk. Bulan ini 12 post, bulan depan 2 post.

algoritma tak kenal kita, audien lupa kita. Macam kedai yang buka ikut mood, pelanggan akhirnya pergi kedai sebelah.

Contoh betul:
Saya post setiap hari sejak 2013. Setiap hari sekurangnya ada 1 posting. Tak kira hari apa, hari raya, tak kira sakit. Hasilnya, 360,000 followers organik tanpa bayar iklan.

Saya kekal buat bank konten, susun topik, siapkan posting lebih awal malah posting ini juga adalah posting berjadual, ya buat jadual jelas (3 hari seminggu), ada tempoh (sejak 2013), ada bukti (360k followers). Audien faham bahawa konsisten itu bukan slogan.

Khairul Hakimin Muhammad,
Algoritma suka posting berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *