Konten tulis itu bukan sekadar betul ejaan dan tatabahasa. Ia kena rasa dekat dengan pembaca, macam kawan tegur kawan.
Contoh silap:
Marilah kita bersama-sama menyelami pelbagai dimensi keistimewaan produk yang sememangnya luar biasa ini.
bahasa terlalu kaku, macam karangan peperiksaan. Audien media sosial akan skrol terus, sebab rasa tak ada nyawa dalam ayat itu.
Contoh betul:
Kauorang cuba la produk ini. Saya guna seminggu, muka licin macam telur rebus. Bini saya sampai tertanya, “abang pakai apa?”
bahasa santai, ada perbandingan ringan, ada cerita, ada dialog. Audien rasa macam dengar sendiri di telinga, bukan baca flyer ke apa ke.
Bahasa boleh santai,
Ejaan kena betul okey!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tulis macam cakap.
