“Can i hug you?”

“Can i hug you?”

“Yessss!”

Kami pun berpeluk. Mabrurrr mabrurrr jeritnya. Semua jemaah dah bergerak di hadapan, saya paling belakang masih duk cek ada lagi tak yang tertinggal atau terlepas gerabak, saya tak ada orang lain nak peluk selain dari polis arab yang bertugas di situ.

Menangislah saya sambil polis itu menepuk-nepuk bahu saya. Selesai sudah nafar awal maka selesai juga ibadah haji saya. Alhamdulillah.

Hilang rasa sakit kaki.
Hilang perit tumit.
Hilang lembik lutut.
Hilang pedih belikat.
Hilang semua.

Kemudian baru jumpa beberapa petugas lain yang sama menyantuni jemaah dan pastikan jemaah selamat pulang ke penginapan selepas selesai nafar awal. Kami berpelukan sekali lagi.

Alhamdulillah. Rasa nak berbaring di jalan itu dan memandang langit, “O Allah, Kau bekalkan aku hanya RM133 saat aku terima panggilan ini, Kau sahaja yang boleh lakukan ini, Kau sahaja Ya Rabb.”

Ya sungguh. Saat terima tawaran ini, saya hanya ada itu sahaja dalam akaun. Orang rumah cakap “jangan sampai tak makan bang.”

Saya jawab “ada je tu, yakin je.”

Alhamdulillah Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd beri elaun. Sebelum terbang, ada juga yang beri duit, dah lama tak dapat duit begitu haha, emak abah pun ada kasi. Segan haha.

Saya pun cakap dengan orang rumah “ha tengok, kan ada je. Niat kita nak menyantuni jemaah dan buat kerja. Maka kena fokus.”

Syukur amat.
Makan pun tersedia 3 kali sehari.
Ada semua alhamdulillah.

Yang saya risau ialah yang di Malaysia.
Takut tak sempat buat sales untuk sediakan gaji.
Kerja sales memang kerja saya.

Saya duk solat hajat,
Saya duk solat taubat,
Duk solat istikharah
Berulang-ulang.

Sampailah dapat dalam mimpi,
Ada 1 bahagian saya duduk di atas sejadah belakang seorang imam, imam itu cakap “kita tumpu pada ibadah haji, kerja semua letak tepi dulu.”

Terus terjaga. Ya Rabb.

Alhamdulillah. Doakan semua berjalan dengan baik, lancar dan Allah mudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *