Saya ada (Allah beri) – (saya tak buat ikut ranking tau, saya tulis apa saya ingat aja):
1. Isteri yang ada di sebelah dari kosong, naik ke jualan berjuta, kemudian tumbang dan kembali kosong, kini naik semula perlahan-lahan. Tak ada yang ini, saya tak tahu hidup saya bagaimana.
2. Ada anak-anak yang kekal bersama. Makin memahami abahnya seorang rajin dan tak berhenti berbuat. Saya selalu bersembang dengan anak sulong saya, apa sebab dia bangga dengan saya, dia sentiasa jawab “sebab abah rajin.” Alhamdulillah.
3. Saya ada emak abah yang tak berhenti berdoa, mengharap saya kembali dalam trek betul.
4. Ada 10 orang kawan dalam bersebelas.my yang kini kami bangunkan sama-sama. Saya sampai sekarang tak dapat jawapan kenapa mereka stay, adakah sebab saya atau sebab kami memang ditakdirkan sama-sama susah senang. Apapun banyak kali perkara berlaku kami hampir berpecah juga, tapi alhamdulillah ia kembali bersama.
5. Takkan lupa satu-satunya yang datang ziarah masa saya umum exit plan kepada penutupan kilang biskut kami Ogos 2022 ialah Mat Luthfi. Dia datang tanpa plan, telefon malamnya choih sampai. Itulah 1-1nya.
6. Takkan lupa Puan Marliana dari Bonbon Story Cafe, Seksyen 3 yang beri saya ruang berkarya, beri saya peluang gunakan kafe beliau untuk saya bangkit balik. Saya buat coaching di kafe beliau dari pagi sampai petang kadang sampai kafenya nak tutup dah duk tunggu saya coaching klien. Takkan saya lupa betapa baiknya puan dan team melayani saya dan klien saya. Kadang saya hanya mampu beli 1 kopi sahaja, betul-betul susun duit untuk bayar hutang. Sepanjang hari tak makan dan kopi itu sahaja menemani saya berkongsi ilmu dengan klien. Dari sini juga lahir beberapa ebook yang ditulis dan dijual sampai sekarang.
7. Takkan lupa team Thinker Table yang sentiasa beri saya peluang dan ruang gunakan working space kalian untuk saya buat coaching selepas saya mula ada duit sikit-sikit. Saya bayar ikut jam, saya rasa sangat murah dan alhamdulillah ia jadi port saya setahun. Kini tak sangka berjiran, pejabat kami betul-betul atas Thinker Table haha.
8. Takkan lupa juga buat adik beradik yang sentiasa support saya walau dalam diam-diam.
9. Saya ada beberapa artis, ikon, selebriti, pimpinan negara yang berhubung melalui whatsapp yang sering beri nasihat dan minta saya jangan berputus asa. Saya hargai sangat-sangat. Saya akui saya rasa sangat terinspirasi dengan kalian.
10. Buat ibu bapa kepada nombor 4 di atas, saya juga sangat hargai setiap doa dari kalian. Setiap kali jumpa mesti ada yang beritahu “kami sentiasa doakan sekian-sekian.” kadang rasa malu pun ada. Tapi itulah rasa rapatnya dengan mereka ini.
11. Saya juga ada follower yang tak pernah berhenti support saya, saya akui saya tak kenal kalian, saya akui kadang saya tak reti nak berkomunikasi dengan kalian, masalah pemalu saya ini saya tak atasi dan saya kekal begini, tapi ketahuilah saya amat hargai kalian semua. Terima kasih sangat.
12. Saya takkan lupa Tuan Hanif Azmi telefon saya pada 1 malam dulu, beritahu Ibu Hanim jemput ke kelas BSS. Saya dengan sangat malu, ditaja itu ini, saya pergi. Selesaikan 5 sesi kelas dan alhamdulillah ia adalah kelas pertama saya sertai dengan serius selepas tumbang, hasilnya saya bangkit dengan tersusun bersama team. Nampak jelas hala tuju. Terima kasih Ibu dan Tuan Hanif
13. Asbab BSS16, saya dapat kawan baru. Namanya Hafidz. Entahlah dengan dia ini boleh dimaki dan memaki. Jadi rapat dan beliau sentiasa ada untuk saya. Kadang saya pun segan. kalau bukan jumpa dia, saya pun tak tahu nak tuju ke mana matlamat saya. Alhamdulillah.
14. Ada beberapa taikun yang saya jumpa dan sehingga sekarang saya masih berhubung. Saya takkan lupa.
15. Emak abah mentua yang tak berhenti support, tak berhenti tanya apa saya buat dan apa saya usahakan. Kira banyak benda saya verify juga sana sini. Alhamdulillah.
16. Ada juga team yang beri tajaan umrah, dato dan datin, ada juga beberapa nama yang saya fikir mereka segan kalau saya sebut. Saya tak pernah lupakan kalian. Ada yang buatkan saya produk kemudian terhenti di tengah jalan, saya ada ralat juga sampai sekarang. Saya pohon maaf dan saya yakin akan ada jalan lain nanti. Moga panjang umur.
17. Saya ada pembeli tegar ebook-ebook saya. Alhamdulillah, mereka sentiasa beri saya kekuatan dan paling best ialah input dan hasil dari ebook tersebut.
18. Pengikut setia dalam Golden Circle (yang beli group coaching), ini circle baru saya. Best betul. makin ramai makin meriah. saya happy sangat semua sekepala nak buat duit 6-7 angka sebulan.
19. Saya tahu saya ada kawan-kawan lama yang diam-diam bantu. Berbanyak terima kasihhhh!
20. Juga buat seluruh yang mengenali sama ada yang bantu dalam diam atau beritahu, saya amat hargainya.
Jadi saya belum boleh berhenti, selagi ada kalian, saya akan teruskan apa saya buat. Syukur alhamdulillah.
Kini ada Bersebelas.my,
juga ada Travelleven
dan Khreator.fb
doakan semua berjalan lancar. Kami usahakan untuk kalian.
Doakan ya! Kembali dapat trek betul dan insya-Allah perlahan-lahan kami buka kekuda dan berpencak.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
maaf salah silap dan terima kasih semuanya ya!
