Ujian Yang Kita Semua Kena Lalui

Tahun 2022, kami tutup kilang kerana kenaikan harga mendadak barang mentah + gandum terus tak masuk Malaysia berbulan. Menggagau mencari sana sini, dah ada, harga naik lebih 30%. Huru hara hidup nak buat costing semula. Waktu itu perang Ukrain Rusia. Nampak macam tak ada kena mengena, sekali gandum kualiti tinggi dari mereka.

Tahun ini perang Iran. Lagilah route minyak dunia dihadkan.

Bermula kenaikan harga barang. Kalau nampak bisnes tutup, itu boleh jadi mereka sedang selamatkan diri, doakan mereka kembali bangkit.

Saya dah lalui. Peritnya, pedihnya masih kuat terasa.

Saya amat memahami. Saya dah lalui. Saya dan team hadap hutang 4.09juta (sekarang tinggal lagi sejuta).

Buat kawan usahawan,

ini ujian yang kita semua kena lalui.

Tak boleh lari.

Kena hadap.

Kuatkan diri okeh!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

gambar 2022, masa kami masih supply ke 46 cawangan Mydin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *