Saya punya spot. Memang sejak ada di Madinah, saya solat area sini. Kadang bawa ke depan sikit. Lepas subuh duk melepak sampai dhuha, lepas isyak melepak sampai 10 malam gitu baru gerak ke Babussalam untuk sampaikan salam buat Rasulullah SAW.
Saya banyak sendirian aja. Di Madinah lega sikit, lepas selesai ziarah semua, jemaah agak berdikari. Sikit-sikit aja minta bantuan itu ini. Tak sekerap semasa di Makkah dan Aziziyah.
Mood nak balik ke Malaysia pun makin datang, jadi jemaah nak habiskan masa di Masjid dan mencari pahala sebanyaknya. Dapatlah juga kita yang petugas ini duk masjid juga. Alhamdulillah.
Saya banyak urusan media. Siapkan konten Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd, sambil bantu jemaah juga sana sini alhamdulillah.
Doakan semoga urusan jemaah pulang ke Malaysia, Allah mudahkan ya. Sudah ada 1 group pulang kelmarin. Malam ini insya-Allah 1 group lagi dalam 42 orang. Semoga semua sihat dan selamat sampai insya-Allah.
Amin.
