Semalam kali pertama dapat merentasi laut merah di Jeddah. Kali pertama juga lihat pembinaan bangunan yang bakal jadi menara tertinggi di dunia. Juga di sekitar jeti sahaja. Ya boleh nampak dari jauh.
Laut Merah ini pernah jadi saksi menerima jemaah haji melalui kapal satu masa dulu. Jutaan jemaah yang datang melalui kapal laut pasti merentasi laut ini kemudian mendarat di Pelabuhan Jeddah.
Mana meninggal di tengah laut, akan ditenggelamkan dalam perjalanan.
Lalu berjalan kaki melalui bandar lama Jeddah menuju ke Makkah Al-Mukarramah sekitar 90km.
Ada yang naik unta dan kuda – itu kira orang kaya.
Yang lain menapaklah menuju Tanah Suci.
Sama juga, ada yang meninggal dalam perjalanan waktu ini.
Sampai di Makkah adalah rahmat setingginya.
Apabila pulang, sama. Berjalan kaki semula menuju ke Jeddah, lalu menaiki kapal dan kembali ke negara masing-masing, lagi berbulan akan sampai.
Oleh sebab itulah pemergian haji pada waktu itu adalah rahmat yang dinanti para jemaah.
Ia susah,
Ia sukar.
Ia penat lagi perit.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Alhamdulillah zaman berubah dan kita semakin Allah santuni senangnya kita.
