Tugas Kita Berusaha Saja

Saya antara yang pernah ikut hantar bantuan kemanusiaan di Aceh, Lombok, Ayuthaya, dalam Malaysia kerap amat terutama bantuan banjir, juga pernah ikuti penghantaran bantuan pada ramadan, bulan korban dan musim sejuk ke Syria, kem-kem pelarian di hujung Turki juga Lubnan. Pernah juga ikuti geng buat korban dan hantar bantuan di Sudan.

Jujur saya cakap, setiap kali misi bantuan dibuat, memang sangat-sangat memerlukan wanita ikut.

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan anak-anak kecil. Saya tak ada data yang lengkap, tapi di kem-kem pelarian, di mana-mana kawasan perang, wanita dan anak kecil ada dalam 70-80% mendiami kawasan tersebut.

Lebih lagi di Syria, mereka memang takkan berkomunikasi dengan lelaki. Sukar amat untuk tahu apa keperluan bagai. Malah semasa hantar bantuan, semua lelaki tak boleh masuk ke kawasan wanita. Sukar bantuan nak sampai.

Apapun, semua orang nak beri pendapat, berilah.

Mufti juga dah keluarkan kenyataan.

Jika tak boleh menghormati,

daftarlah jadi sukarelawan,

amati sendiri,

lalui sendiri,

alami sendiri.

Kami bukan orang baik,

dosa banyak amat.

Melihat ada yang pergi mewakili hati dan jiwa saya sendiri ini,

ada rasa malu kali ini tak dapat ikut.

Sedih pun iya.

Tak apalah, mana tak setuju, kita hormati.

mana memahami, kita sangat hargai.

Kita satu agama, janganlah sampai memaki, memberi sangkaan buruk hingga bawa ke fitnah bagai. Jangan begitu sekali. Tenangkan hati, tenangkan jiwa. Marilah ikut bersama.

Doakan semoga semua bantuan sampai,

doakan misi untuk terus “bising” sampai seluruh dunia, alam, makhluk dan seisinya jadi gabungan menentang kezaliman ini juga tercapai.

Saat Allah hantar bantuannya,

pendapat kita dah tak penting.

Begitulah,

Khairul Hakimin Muhammad,

tugas kita berusaha aja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *