Sebenarnya Tak Mahu Kongsi Gambar Raya

Sebenarnya tak mahu kongsi gambar raya. Sebab saya memang tak kongsi gambar keluarga di media sosial dah sekarang. Haha. Tapi hari ini macam melampau sangat ada orang tanya masa pi dobi baju pagi tadi. Dia persoal kenapa balik awal, kan duda, duklah rumah mak lama sikit. Huhuhu duda menda wehhh. Jangan buat pasaaaal. Haha. Terus saya melepak dalam kereta aja, malas nak duk situ tunggu baju siap. 

Rasanya ada kemungkinan dia salah “Khairul.” Boleh jadi dia ingat saya Khairul Abdullah kot (SuperDaddy). Agaknyalah. 

Nah ni raya kami di Mentakab pakai baju warna pink belacan. Warna paling saya tak nak pakai. Tapi anakanda perempuannnn, huwaa kalah kita weh. Raya pertama padanan hitam dan hijau. Malaslah nak kongsi kang puas nak kasi tutup muka depa. 

Itu kasi potong kek hari lahir anakanda kami kebetulan waktu raya. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *