Tadi saya teman emak masak ketam. Buat masak lemak. Saya tengok emak letak santan kemudian emak letak air dalam kotak tersebut dan bilas.
Kau tengok macam mana orang dulu-dulu masak, sikit pun tak membazir. Semua diambil betul-betul. Setitik pun dikira. Dah beli, guna semua. Itulah berkatnya kan rezeki emak abah kita.
Bukan macam kita, tempah banyak, makannya sejemput dua. Sedang sepinggan nasi boleh tak habis kerana tamak nak makan itu nak makan ini, akhirnya membazir. Itu nak minta kaya sekaya-kaya? Allah tahu kau jenis dah dapat, kau bazir.
Wah gitu aku punya nasihat, pesanan, teguran dan kuliah sebelum asar ini ya. Terasa menusuk di kalbu ya Allah. Ustaz Khairul, ada tauliah tak?
