Lawan Habis-habisan! 

Buat kawan-kawan bukan muslim, Al-Quran merupakan kitab suci kami. Kami sentiasa letak kedudukannya di atas. Malah jika sebaris buku, ia tak ditindan, ia paling atas. 

Untuk baca, ia mesti dalam keadaan kami bersih dan suci. Kemudian selepas selesai, akan kami peluk dan cium. Kami sangat sayangi. 

Malah walau ada antara kami masih belum tahu membaca atau mengaji, tetap kami hormati. Kami tak mungkin berbuat hal tak baik kepada Al-Quran. 

Ia kitab yang tak pernah ditukar isinya sejak Allah turunkan beribu tahun lalu. 

Isinya indah. Sesiapa baca, mengerti isinya, mengerti maksudnya, akan jatuh cinta. Ia kalam Allah. Allah yang hantar. 

Sentiasa kami hormati, sayangi, peluk dan cium. 

Oleh sebab itu, apabila ia dipijak, kami perangi habis-habisan. 

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Lawan habis-habisan! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *