Saya Duk Percaya Ke Disiplin

Saya tak berapa ada motivasi, saya duk percaya ke disiplin. Tinggi disiplin, ada motivasi ke tak ada motivasi ke, saya tetap nak kena buat.

Saya percaya dengan:

1. Setiap kejatuhan, jika bangkit, jika bangun semula, jika buat balik dan berdiri tegap semula adalah bersifat “renewal”. Kekal disiplin aja.

2. Saya berusaha kenal diri sendiri. Apa saya nak buat, saya belajar semula walau dah pandai. Biarkan diri bodoh balik, tanya macam kita tak tahu apa-apa. Kekal dalam disiplin nak belajar. Tanya seperti kita memang bodoh, orang pun rasa kita bodoh, tapi kita tahu aja semua. Saya kekalkan sikap “renewal” ini sampai hari ini.

3. Kekalkan sikap “boleh buat lagi ni”. Dari sikap “habislah, dah gagal.” Itulah saya buat dalam beberapa tahun ini, saya berimaginasi yang saya kekal boleh buat, paksa otak untuk percaya. Disiplin ini saya buat sampai hari ini. Alhamdulillah ia berjaya hidupkan jiwa saya semula. “renewal” gais.

4. Kekal dalam mood baik, iya akan ada waktu tak baik, akan ada bad days. Akan ada, normal aja. Tapi berusaha tenang selepas itu secepatnya, belajar teknik bernafas dengan betul. Semua ini mesti dilatih dengan teliti. Jangan buang tenaga kepada perkara tak perlu. Tenaga mesti disalurkan untuk disiplin bahagia. Lagi bahagia, lagi kita boleh buat, lagi kita boleh bangkit, lagi kita boleh berusaha dan berjaya.

5. Disiplin jujur dengan diri sendiri. Saat berseorangan adalah saat paling bahaya. Waktu itulah syaitan suruh buat itu ini, iya tak ada siapa nampak. Mula dalam kepala nak buat itu nak buat ini, bab yang ini berjaya, yang lain tak ada masalah dah.

Disiplin gais. Disiplin.

Kita lelaki, kena bangun awal, kena usaha bayar hutang, kena usaha jadi provider, kena usaha buat 2-3 income, kena usaha walau apapun yang berlaku, kena usaha.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Bismillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *