Saya baca satu tulisan tentang dia sentiasa menjadi “ada” untuk semua orang. Dia ada apabila orang sakit, dia ada pada ketika orang itu susah. Dia ada serba serbi.
Saat dia pula dihadap ujian, tak ada siapa pula nak ada untuk dia. Maka bermula komen berbagai-bagai.
Oh saya bukan nak melawan. Kita sentiasa ada pilihan untuk buat apa.
Saya antara yang suka untuk sentiasa ada. Saya bahagia sangat dengan hal tersebut. Saya suka buat. Saya amat suka.
Bab orang lain nak ada atau nak tak ada untuk saya, lantaklah hahahaha.
Saya bukan boleh kawal sesiapa. Kita takkan boleh.
Jadi kenapa nak persoalkan orang lain.
Saat kita susah, itu ujian kita. Maka kita kena hadap dan jangan berharap kepada sesiapa. Hanya Allah.
Letak Allah ada dalam apa sahaja situasi dan keadaan, maka kita takkan pernah sendirian.
Sekarang ini pun, ingat saya boleh hadap ke seorang diri? Tanya orang rumah saya, tanya emak saya, tanya Faisal, tanya kawan-kawan lain, semua tahu saya ada ketakutan besar bab bersendirian sekarang.
Selepas tumbang dulu,
Saya jadi orang berbeza.
Lebih banyak takut dari berani.
Tapi, ha ada 1 aja benda saya suka buat,
Saya kena lawan. Lawan itulah saya tegapkan diri.
Memang ya menangis aja.
Duk dalam toilet, nangis.
Entah menda-menda.
Keluar, senyum.
Kerja, kerja, kerja.
Penat, tidur.
Kemudian merindu semua orang.
Menangis semula.
Kerja balik.
Penat semula.
Begitulah pusingannya.
Takkan saya nak berharap kawan-kawan ada sekarang? Mana boleh. Keputusan saya untuk hadir sebagai petugas adalah bersendirian, maka saya usahakan habis-habisan.
Menangis, hadaplah.
Sedih, hadaplah.
Kecewa, hadaplah.
Semua kena hadap.
Itulah kehidupan kita.
Saya amat sayang semua orang yang saya berusaha “ada” untuk mereka. Saya tak segan untuk cakap hal tersebut. Untuk mereka balas balik, saya tak pernah kisah. Saya sentiasa mendoakan semua kekal baik, kenal sihat, kekal berjaya di mana-mana pun walau kot nanti ada ujian saya akan ditinggalkan ke apa ke. Manalah kita tahu akan datang macam mana.
Semua kena hadap aja sebab kita takkan boleh kawal sesiapa.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Seperti bulan.
Gambar bulan penuh di langit Makkah Al-Mukarramah.
