Januari itu hari, saya bantu seorang kawan, beliau hampir nak tinggalkan semua benda, katanya dah sampai masa nak tamatkan apa sahaja termasuk nyawanya sendiri.

Saya berkejar pi jumpa walau itu kali ke-2 saya jumpa dia. Masa dia ambil personal coaching dengan saya (kali pertama jumpa) saya ada perasaan tak sedap hati kerana lebih 2 jam beliau bercerita perkara berulang-ulang, tentang kesusahan hidup selepas bisnesnya hancur.

Saya tak jawab apa, biarkan aja dia bercerita sampai dia whatsapp saya ayat perenggan pertama di atas.

Saya sampai di depan kedai beliau, signboard pun dah tak ada. Dia ada duk dalam kereta. Saya ketuk cermin dan ajak pergi minum.

Kami minum di mamak berdekatan, beliau kata dah macam-macam cuba, bayar saya pun dah.

Saya tak boleh tahan, saya buka ipad, saya kasi pen ke dia dan suruh dia tulis apa dia dah cuba.

Dia tergamam.

Saya kekal kata “tulis tuan, apa tuan kata dah cuba.”

“Mmm. betullah, saya rasa ja saya cuba, rupanya saya tak ada buat apa-apa.”

Demi Allah saya benar-benar rasa nak marah. Anak 3 orang, isteri sangat baik masih kekal bersama susah senang. isterinya yang daftar masuk kelas saya. Saya tanya isterinya tau tak dia ada di sini dengan saya, dia geleng dan cakap “sebenarnya saya dari malam tadi duk dalam kereta park depan kedai saya tu.”

Ya Rabb. saya terus minta dia telefon isterinya, isterinya dalam sekitar 20 minit, pakai pakaian pejabat. Rupanya isterinya pun memang menanti panggilan beliau, kira kalau tak dapat hubungi akan terus ke balai. Itu kali ke-2 beliau buat begitu.

Kami bertiga duduk semeja. Saya beri plan apa nak dibuat.

Saya beritahu buat posting begini, begitu.

Beli itu ini. Dalam keadaan saya pun bukan ada duit sangat, pi la sekejap belikan lampu dan tripod dan hantar kepada dia.

Kami bersalaman di situ dan dia nampak kembali ada nyawa.

Alhamdulillah.

Selang seminggu saya tengok ada posting di akaun socmednya.

selang 2 minggu, makin banyak posting. saya biarkan aja. kadang saya komen kena tambah baik begitu begini.

2 minggu sebelum raya baru-baru ini dia tunjuk dia buat affiliate di situ, komisennya cecah RM3,000.

Saya ucap tahniah. Dia nak beri saya separuh sebab dia kata saya tolong banyak. Saya kata tak payah.

Pagi ini, dia ada beritahu saya tentang salah seorang pempengaruh yang bertatu dan beritahu kesedihannya. Beliau cakap “kalaulah tuan tak datang itu hari, entah-entah saya buat benda lebih teruk dari tu. terima kasih banyak tuan. saya terhutang budi.”

saya balas balik “kita tak berhutang pun, kita saling berusaha beri manfaat.”

paling best, beliau kasi print screen affiliatenya,

komisen beliau dah cecah RM4,200 bulan ini. beliau kata dah tahu nak buat apa.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Buat semua kawan-kawan,

hidup kita sentiasa ada jalan.

jangan putus asa okey!

Saya pernah berada di situ, maka saya memahami sangat perasaan tersebut.

bangkit! walau terpaksa mula semula dari kosong, bangkit!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Bismillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *