Category

Kehidupan

Semua Kena Kuat Menguat

Kurang lebih 20 hari saya berada di Tanah Suci, berbagai pengalaman saya masukkan dalam bakul jiwa saya. Susun baik-baik. Jangan dicampur mana tak cantik mana yang molek. Pengalaman ini secara peribadi dan intimnya untuk diri sendiri, memang ya mengajar berbagai benda. Paling besar ialah tentang persaudaraan. Salah satu naskhah Buya HAMKA, saya tak ingat yang…

Nak Masuk Syurga Kena Jadi Orang Bermanfaat

Allah pernah beri saya peluang untuk rasa: Semua Allah pernah beri, pernah buat saya rasa semua itu. Walau ada antaranya Allah dah ambil semula, saya bersyukur saya pernah dapat rasa dan pernah melalui momen tersebut. Apa lagi saya nak selain dari bersyukur kepada Allah. Ke depan nanti saya tak tahu ujian saya bagaimana, orang diuji…

“Can i hug you?”

“Can i hug you?” “Yessss!” Kami pun berpeluk. Mabrurrr mabrurrr jeritnya. Semua jemaah dah bergerak di hadapan, saya paling belakang masih duk cek ada lagi tak yang tertinggal atau terlepas gerabak, saya tak ada orang lain nak peluk selain dari polis arab yang bertugas di situ. Menangislah saya sambil polis itu menepuk-nepuk bahu saya. Selesai…

Dirgahayu Wahai Emak

Selesai sudah nafar awal,Maka selesai sudah ibadah haji kami. Alhamdulillah.Senang nak ingat tarikh ibadah haji pertama saya,Bersamaan dengan tarikh hari lahir emak.Alhamdulillah. Dirgahayu wahai emak.Semoga Allah terus beri kesihatan baik,Dikelilingi orang baik, dikurnia sebanyaknya kebaikan dan keluhuran orang lain. Diampuni, diredai, diberkati. Amin.

Itulah Kehidupan Kita

Dapatlah telefon secara maya mengucap selamat hari raya kepada emak abah di Mentakab. Dulu saya pernah bawa mereka ke tanah suci menunaikan umrah. Bahagia benar. Haji pula saya mengidam benar perkara sama.Tak ada lain saya minta dari Allah, sempatlah saya bawa mereka berdua insya-Allah. Abah walau dah pernah tunaikan haji tahun 1993 dulu, saya tetap…

Rumah Yang Berjaya

Lega amat dah kembali beransur sihat dan alhamdulillah syukur amat si Abdullah meligat kembali. Saya anak 2 orang sahaja setakat ini, ke depan tak taulah kot ada lagi haha. Syukur amat. Anak pertama dapat selepas 6 tahun berkahwin. Anak ke-2 selepas 18 tahun berkahwin (beza 12 tahun dengan anak pertama). Seorang perempuan, seorang lelaki. Syukur…

Saya Cuba Jadi Personal Shopper

Masa keliru tak tahu nak buat apa selepas bisnes tumbang dulu saya cubalah jadi personal shopper (PS) orang kaya semula. Dato/Datin Seri (DS) yang saya kenal biasanya tak ada masa nak membeli barang. Tapi sebab kena sekat ke luar negara waktu itu, menggagau juga nak dapatkan barang apa sesuai nak bantu mereka. Tiba-tiba salah seorang…

Dah Jadi Sejarah

Bergambar dengan buku resipi tulisan saya. Haha 9 tahun lepas. Semua dah jadi sejarah. Zaman itu naskhah resipi sangat laku keras. Alhamdulillah merasa duk sebaris “best seller” di mana-mana. Buat kelas brownies, 300 orang dalam 1 dewan, sap sap soi senanggggg

Syahdunya

2024, saya dapat pergi umrah. Bukan saya seorang, ramai-ramai. Alhamdulillah. Sepanjang nak sampai ke tarikh nak berlepas, berdebar tak sudah kerana betul-betul tak ada duit. Tapi dalam hati masih kuat duk rasa akan adalah itu nanti. Kami sampai di Jeddah, adalah beberapa gambar Faisal dan teman lain duk ambil, memang nampak jelas wajah saya moyok…

Allah Beri

Saya ada (Allah beri) – (saya tak buat ikut ranking tau, saya tulis apa saya ingat aja): 1. Isteri yang ada di sebelah dari kosong, naik ke jualan berjuta, kemudian tumbang dan kembali kosong, kini naik semula perlahan-lahan. Tak ada yang ini, saya tak tahu hidup saya bagaimana. 2. Ada anak-anak yang kekal bersama. Makin…