
Bayanglah, saya duk cerita pasal hutang saya, saya dijemput seorang taikun ini makan makanan Jepun di sebuah restoran hotel. Hahaha. Saya gatal pi tanya sini halal ke?
Dengan muka berkerut dia cakap “kalau tak halal saya takkan ajaklah, pandai makan Jepun tak?”
Saya angguk. Beliau suruh saya pesan makanan sendiri sambil beliau cadangkan mana sedap.
Beliau cakap tinggal berapa hutang?
Saya sebut “lagi 1juta TS. Tapi saya diuji sangat sukar nak bayar kali ini. Ada aja yang ganggu. Kadang nak give up. Penat juga. Dah susun-susun, tiba tiba kena samanlah apalah.”
Beliau kata, “1juta pun nak give up. i ada hutang dalam 300juta, bawah syarikat, peribadi, semua anak-anak, isteri duk beli guna nama i, kereta, rumah, kad kredit, adalah rasanya 20 juta lebih, setiap bulan menggagau juga nak bayar.”
Saya pandang wajah beliau, belum sempat pesan makanan hahaha. Terkejut.
Pesan dulu makanan, baru dengar beliau cerita.
Beliau kata, “bayar hutang ini perlu ada sistem. Sistem itulah yang menjadikan kita boleh bayar, mampu bayar dan ada disiplin nak bayar. Kalau tak ada sistem yang kita rekacipta sendiri, itulah masalah besar kita.
Kita ada 10,000. Maka kita sendiri kena tahu 10,000 itu ke mana. Bukannya isteri, bukannya bos, bukannya jiran, bukan pak imam, kita sendiri. Kalau dekat situ bodoh, maka hutang takkan selesai. Kena bijak”
Saya angguk.
“Saya datang nak jumpa bukan sebab saya nak kasi duit ke apa ke. Ke nak pinjam dari saya?”
Saya terus geleng. Tak mau. Cukuplah berhutang.
Beliau kata “saya nak jumpa sebab saya nak kenal orangnya. Betullah, memang betullah apa saya fikir”
“Fikir apa TS?” Tanya saya.
Beliau jawab “nanti ada rezeki sampai ke umur saya, kamu dah berjaya mengatasi saya, kamu akan buat benda sama. Jumpa orang, beri nasihat sikit-sikit, kemudian kamu akan lihat dia terbang tinggi.”
Ok tak faham. Adakah saya akan terbang tinggi? Haa gituh kita gemok weh macam mana nak terbang takda sayap boleh angkat hahahaha ok cukup – dalam hati, sambung.
Kami bersembang beriya. Beliau tanya saya pasal emak, pasal abah, pasal isteri dan anak-anak juga pasal semua 11 bersaudara kami itu. Beliau cakap beliau juga ada brotherhood yang sama-sama dalam syarikat dan kini semuanya jutawan belaka, ada 8 orang termasuk beliau.
Beliau kata, semua itu aturan Allah. Ayat akhir beliau yang saya suka ialah “Kerja kita ialah berusaha, Allah pula akan beri. Kerja kita ialah meminta, Allah pula akan kasi. Kerja kita ialah berbuat dan bermanfaat, Allah pula akan tambah tanpa henti.”
Ya Rabb alhamdulillah. Syukurnya.
Kadang kita tak tahu siapa pembaca kita. Syukur. Beliau antara yang beli ebook saya malam tadi. Beliau minta setiausahanya beli. Beliau kata, sistem yang saya tulis dalam ebook itu adalah sistem yang betul, kita aja yang tahu sistem pembayaran yang kita cipta sebab kita yang tahu duit itu masuk banyak mana. Maka gunakanlah sebaiknya.
Gigih saya melayan setiausahanya untuk jumpa juga hari ini. Huhu walau sangat sempit masanya.
Syukur alhamdulillah. Rezeki. Walau masa sangat mencemburui, dapat juga jumpa. Alhamdulillah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Doakan saya ya!