Resepi Walnut Peanut Butter Choc Brownies
Bahan-bahannya:
1 cup butter (1 buku butter = 250gm)
250 gm dark chocolate
85gm white chocolate
85gm cocoa powder
1 cup caster sugar
1 cup walnut (atau apa sahaja jenis kacang)
4 biji telur
3/4cup tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

Belasah ja double boil semua bahan kecuali telur, dan bahan kering

Ha gitu dengan gula sekali kau belasah

Dah siap semua, angkat dan letak tepi, masukkan bahan kering

Aku terlupa taruk telur. Hahaha takpa tenang je, masukkan last last pun selamba

Masukkan walnut. Sepatut masuk masa bahan kering tadi

Masuk dalam loyang

Bakar dalam ketuhar selama 35 minit suhu 180

Siaaaap

Sapu peanut butter atasnya kemudian hancurkan biskut emak kau, taburrrr. Sedaaaap

Selamat mencuba!