Siang tadi mendengar perbualan beberapa orang pakcik di kedai makan. Ada sedikit bunyi tegang.
Di satu pihak tidak gemar dengan penghormatan kepada mangsa MH17. Yang tidak gemar itu ialah melihat barisan pramugari masih tidak menutup aurat dengan baik walaupun berhadapan dengan mangsa yang telah meninggal dunia.
Saya suka poin pakcik seorang lagi,
Kita hidup ini tak boleh melihat yang kurang sahaja. Hidayah itu milik Tuhan. Pramugari yang tidak menutup aurat itu, adakah tidak punya hati? Mereka juga manusia. Mereka juga bersedih. Ya lah, hanya berselendang, itu pun sebenarnya sudah cukup baik. Sangat baik. Kita tidak tahu bagaimana didikan, kehidupan dan cara mereka hidup, adakah adil untuk mengata mereka itu ini? Dari kita mengata, apa kata kita mendoakan.
Kita tidak habis-habis melihat kurangnya itu ini, tapi kita lupa hati kita hanya nampak perkara sebegitu, dengan kata lain, hati kita hanya nampak yang kotor.
Sudah-sudahlah mahu jadi Tuhan.