Zaman saya ambil UPSR dulu, balik sahaja ke rumah emak tak tanya pun boleh jawab ke tak. Emak hanya sedia makanan yang sedap-sedap.
Abah pula hanya kisahkan emosi saya ok ke tak. Semua relaks dan kool sahaja walau abah saya itu Guru Besar. Tak pernah tanya boleh jawab ke tak, susah ke senang soalan.
Jika adik-adik saya buat hal, mereka kena lepuk dengan emak. Abang-abang dan kakak saya jangan haraplah dapat tengok TV. Bak kata ambil UPSR ini dah macam kita ini nak naik pelamin, semua kena jaga baik-baik, darah manis katakan.
Kahkahkah, sekali keluar result 2A 1B 1C. Emak cakap, ok lah tu! Ada A!
Abah pula kata, boleh pulak ada A dia dapat. Hahahaha.
Masuk umur 34 ini saya sedar diri, yang saya bukan terer bab akademik, tapi emak saya ajar saya bab jaga emosi orang lain, bab disiplin, bab hati dan bab berdikari.
Itu sekolah paling hebat dalam hidup saya. Sekolah emak abah. Yang selalu harapkan saya dapat A dalam kehidupan, bukan sekadar dalam peperiksaan.
Eh potong bawang pula.
K bai.
Selamat menjawab periksa anak-anak!
Khairul,
Tak pandai macam kau orang.