Tuhan Hadiahkan Pengalaman
Kami sama-sama keluar rumah jam 6.45 pagi. Isteri menuju ke rumah mertua manakala saya terus sahaja ke Nilai. Elok sahaja saya keluar dari tol Bangi menuju ke Selatan, ada seorang lelaki berserban sedang terbongkok-bongkok dengan motorsikalnya. Saya pun berhenti mana tahu beliau perlu pertolongan. Insaf sekejap apabila saya menyapanya “rosak ke?” Beliau jawab, “Assalamualaikum”. Saya…
