Sifir Mudah Tuhan dalam Hal-Hal Rezeki

Jika kalian perasan, mana-mana individu yang punya pengikut di laman sosial merupakan mereka yang ketengahkan minat dan bakatnya berbanding kehidupan peribadinya.

Untuk mendapatkan pengaruh, kalian tulis apa yang kalian suka dengan syarat ia ditulis dengan pecahan 95% sebagai perkara umum (ilmu) dan 5% sebagai pendapat dalam kehidupan kalian.

Contoh, saya tulis resipi yang mana 95% isinya ialah fakta dan ketepatan dalam teknik memasak.

5% pula saya masukkan elemen membebel, tambahan tips dan punchline.

Berbanding kalian ambil gambar lima menu yang telah siap dimasak di atas meja dan tulis caption “Siap masak, jemput makan.”

Ingat kawan, untuk dapatkan pengikut, gunakan minat, hobi, kesukaan serta apa sahaja yang kalian lakukan sebagai terapi diri sendiri sebagai perkara yang boleh diketengahkan di media sosial. Ia boleh jadi komersil dan kalian akan disuluh oleh pelbagai medium untuk dipasarkan.

Kemudian lihatlah kehidupan kalian berubah selepas itu.

Lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak kita mendapat. Sifir mudah Tuhan dalam hal-hal rezeki.

Cubalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *