Saya duk bacalah satu hantaran kawan saya yang tak berapa nak popular di fb iniha, dia pertikai tentang Sumud. Katanya membazir, katanya takkan ada kesan, katanya begitu begini banyaklah dia punya pendapat.

Menggunakan roh netizen yang ada, saya tengoklah hantaran-hantaran dia sebelum ini. Dia komplen pasal khutbah jumaat lama sangat pun ada, dia komplen jalan sesak nak pergi pejabat, dia juga pernah komplen makanan tak sedap di rumah mentua dia.

Ala baler apa aku baca pagi ini weh. Baru semalam buat video tak payah cakap pasal orang, fokus diri sendiri aja. Hahahaha.

Jadi saya simpulkan, orang yang suka komplen ini memang kerja dia kalau komplen berbayar itu entah-entah dia boleh kaya hahahahaha sekali lagi.

Semoga dia baca tulisan saya ini, dia unfriend saya. Saya dah lama geram terutama dia pernah komen pasal kereta saya dulu-dulu. Itu pun nak komplen. Dah waktu itu saya ada duit, saya belilah. Kemudian saya tak ada duit, saya nak jual, saya kena tambah berpuluh ribu, maka saya pakai jelah dulu. Tiba-tiba sempat aku terangkan dekat sini.

Sekian sahaja motivasi pagi jumaat terakhir bulan September. Yehaaa minggu depan masuklah ke bulan besday saya. yakyakyeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *