Tuhan Juga Akan Beri Redha

Selamat sampai rumah.

Dalam perjalanan balik tadi terserempak dengan seorang abang yang sedang menolak motornya. Jam sudah 11 lebih. Kasihan pula, saya pun patah balik dan bertanyakan apa masalah.

Oh abang Pakistan. Saleem namanya. Minyak habis.

Saya beri pertolongan dengan menolak motor guna kaki. Oleh kerana saya pakai skuter, jadinya nak menolak tu tak berapa nak jadi. Saya usahakan juga, terutama masa naik bukit.

Elok turun bukit dia boleh bergerak perlahan sendiri, saya masih dibelakangnya, sampai di trafik light seksyen 16 tu, saya kembali menolak hinggalah sampai ke stesen minyak shell.

Dia membuka dompet, eh nampak kelam kabut, di seluknya semua poket.

Kenapa Saleem?

Tiada duit. Allah! Tiada duit! Mukanya merah padam. Saya terus menghulur nota RM10 dan dia menyambut segan-segan.

Elok sahaja saya mahu berlalu, dia mengangkat tangan berdoa dengan bahasanya. Saya tanya Saleem doa apa?

Dia jawab,

Saya doa encik di beri redha ibu bapa, redha keluarga, redha jiran-jiran, redha guru dan redha kawan-kawan, dengan dapat semua redha itu, Tuhan juga akan beri redha dan encik mudah masuk syurga.

Amin amin.

Syahdu pula ya dengan doa sebegitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *