Nah. Mesti kau dah penat nak makan rendang bagai. Perut pun sudah mula kembong-kembong kerana tak berapa nak hadam. Lagi pula kau kan suka minum air manis.
Ini ha, jika di pasar ramai makcik-makcik menjual telur itik. Kau beli. Buat masak lemak cili api sedap woih. Regukan pula dengan sambal belacan. Fuh. Masaknya pula bapaklah senang. Campak-campak pun jadi. Moh kita.
Masak Lemak Cili Api Telur Itik.
Bahan-bahannya ialah:
10-15 biji telur itik
15-20 biji cili padi
3 inci kunyit hidup
1kg santan cair
2 batang serai
3 helai daun kunyit
Garam
Cara-cara kau tengok di gambar ya.

1. Tumbuk kunyit hidup bersama cili padi sampai lumat

2. Masukkan santan dalam kuali. Abang suka guna kuali kalau nak masak telur itik ini. Senang nak pecahkan telur itu nanti dan masaknya itu lebih cantik.

3. Campak sahaja bahan yang telah di tumbuk tadi.

4. Masukkan serai yang telah diketuk.

5. Masukkan daun kunyit. Biasanya masa ini santan dah mula berbuih nak mendidih.

6. Dah mendidih, boleh dah pecahkan telur itik satu demi satu. Jarak-jarakkan supaya tak melekat antara satu sama lain. Waktu ini kau jangan nak kacau-kacau ya. Hancur nanti bergaduh kau laki bini kenapa tak cukup telurnya.

7. Masukkan garam. Kalau belum cukup kuning, kau humban sahaja serbuk kunyit. Lawa sikit kuahnya. Kahkahkah

8. Siap. Senang kan? Selamat mencuba!
Share sahaja jika berkenan di hati dan perut! Tak perlu mohon-mohon.
