Hangpa tau tak dulu saya ada momen kena paksa keluar rumah tapi saya tak tau nak pergi mana. Isteri saya kata kalau tak keluar nanti makin lama makin jadi bodoh. Keluar je, buat je apa-apa, keluar.
Masa itu nak whatsapp ke kawan-kawan yang bersepuluh itu pun segan ya amat. Iya. Ada antara mereka dah jadi rider penghantar makanan. Walau tak berhenti kerja dengan saya, mereka dah mula berusaha kot lain.
Jadinya dengan tak tahu nak ke mana, tak tahu nak buat apa, saya berhenti aja di Taman Tasik Chempaka, Bangi. Letak kereta di situ kemudian keluar dan berjalan kaki sekejap pandanglah kosong mengadap tasik.
Tiba-tiba saya teringat kawan-kawan di CSM. Pejabat mereka berdekatan aja. Terus kembali masuk perasaan malu. Takut kalau terserempak dengan mereka. Malu amat dengan kegagalan saya. Saya jadi lupa saya letak kereta dekat situ, saya pergi berjalan kaki menuju ke bangunan Eco. Situ waktu itu ada lorong 1 kenderaan ke situ. Sebaris itu ada banyak gerai tepi jalan orang menjual.
Saya pun entahlah nak membeli. Lupa tak ada duit. Tempahlah takoyaki. Sekali nak bayar tak ada duit weh. Sumpah malu amat. Saya cakap saya pergi ambil duit dekat dalam kereta. Tapi saya terus aja berlalu. Masa itu baru teringat kereta kat mana.
Patah semula ke taman dan pergilah ke kereta. Hidupkan enjin dan pergi solat zohor di Stesen Petronas di Selaman yang sebaris dengan Roti Canai Bukit tu. Saya tak pergi ke Masjid Hasanah sebab dekat situ takut ramai kenal. Huhuhu.
Saya duduk sekejap di surau. Kosong. Tak tahu nak buat apa. Nak balik, kang kena marah dengan orang rumah. Nak duk situ, apa benda pula orang fikir.
Baru nak keluar, ada orang masuk. Saling terkejut kerana dia kenal saya. Dia tanya saya nak pergi mana, saya cakap je nak balik. Dia kata aci ke tunggu sekejap dia nak solat. Saya serba salah. Saya buat-buat aja tunggu di luar tempat pakai kasut itu ada kerusi panjang.
Beliau selesai solat, beliau tanya ada masa ke tak?
Saya kata boleh je. Kami pun pergi minum. Saya ini dub dab dub dab tak tahu boleh bayar ke tak sebab saya memang tak ada duit. Duklah berdoa supaya dia yang bayarkan.
Jujur cakap saya takkan buat begini, saya takkan pergi minum dengan orang saya tak kenal. Tapi entahlah masa itu rasa kosong amat.
Beliau kata kat saya “sebenarnya saya ni dah seminggu duk cari tuan, berdoa bagai nak rak semoga dapat jumpa tuan.”
Saya diam aja dengar. Beliau siap kata ada whatsapp saya tapi saya tak ada bluetick pun. Ya saya tak buka langsung satu pun mesej.
Alhamdulillah akhirnya terserempak di surau itu.
Beliau rupanya nak ajak saya kasi talk di tempatnya. Katanya sekian-sekian tarikh. Beliau cakap kalau saya setuju, time-time tu juga akan transfer separuh bayaran.
Saya setuju aja. Kasi nombor akaun, dalam 5-10 minit beliau hubungi siapa entah, terus dapat duitnya. Saya gembira bukan kepalang.
Dapatlah RM750 tuan-tuan. Alhamdulillah.
Saya balik ke rumah dengan sangatlah happy. Sungguhlah kena keluar rumah.
Keluar aja. Doa aja.
Tak tahu nak buat apa, keluar aja.
Saya bersyukur amat ada isteri yang sangat merendah diri, sungguh pun begitu sangat tegas dengan kerjaya suami.
Beliau suka saya kuat kerja. Biar penat kerja, jangan penat tidur. Biar lelah kerja, bukan lelah duk saja. Itu ayat biasa beliau.
Syukur alhamdulillah.
Kawan-kawan,
Keluar aja tau!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Baler tulis ini pun menangis. Huhuhu.