Antara perkara yang saya kurangkan perlahan-lahan kemudian saya tutup terus ialah mengikuti serta membeli buku-buku motivasi. Maaf benar tau, saya beritahu ini kerana ia tentang saya aja. Mana baik, ambil ya.
Saya sentiasa nampak salah, tapi saya tak tahu nak baiki bagaimana. Hampir semua buku motivasi bersifat universal dan terlalu besar, kadang tak tercapai dek akal contoh yang diberi. Tak niche, tak deep.
Maka saya tak tahu nak buat apa. Lebih dari itu tak habis-habis mencari salah sampai akhirnya bukan takat kita tak berhenti pandang kita salah, kita juga terpandang kesalahan dan kesilapan orang lain. Jadi judge orang sana sini.
Apa saya buat ialah saya cari buku disiplin. Saya pastikan buku itu tentang berbuat. Bukan sekadar sembang motivasi dan semangat.
Contoh:
Apa dia buat waktu pagi.
Apa dia selalu baca.
Kenapa dia hebat.
Kenapa begitu kenapa begini.
Semua tentang how, why, what, when, where dan who. Baru sedap.
Disiplin adalah kunci kepada apapun kejayaan.
Disiplin berdoa.
Disiplin solat.
Disiplin beri manfaat.
Disiplin menulis.
Disiplin siapkan kerja.
Disiplin ada checklist.
Disiplin meraikan kejayaan kecil.
Disiplin bersukan.
Disiplin berkeluarga.
Disiplin berkawan baik.
Disiplin sedekah.
Disiplin zakat.
Disiplin membaca.
Disiplin mesyuarat.
Disiplin apa sahaja!
Semua disiplin.
Kita jaga aja disiplin, motivasi dan semangat terus jadi perkara ke 2,000 haha.
Ya sungguh kawan-kawan,
Agama kita juga mengajar tentang disiplin. Lihat tentang solat. Sebelum solat ada wuduk. Sebelum wuduk kena pakai pakain bersih. Sebelum pakai pakaian bersih kena sihat akal. Semua ada syarat dan disiplinnya. Tersusun sangat.
Sedang waktu solat itu sahaja pun cukup ajar kita tentang disiplin. Jika kalian nampak itu, akan nampak banyak benda insya-Allah.
Kawan-kawan,
Berusaha okeh. Saya pun masih dalam fasa berusaha sangat. Kita sama-sama ya. Bismillah.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Makkah Al-Mukarramah, selesai subuh.