Category

Inspirasi

Masa Luang Kau Cari Peluang

Adik-adik, masa abang buat degree di MSU (dulu KUTPM), abang kerja part time potong ayam dan serve makan minum di pejabat-pejabat gomen Selangor. Malam balik rumah terus tidur, penat. Assignment buat dengan kawan-kawan, tak pernah makan seorang untuk jadi pandai. Mesti kongsi sama-sama kalau ada seorang tak boleh jawab itu ini dalam kuiz dan sebagainya.…

Tuhan Hadiahkan Pengalaman

Kami sama-sama keluar rumah jam 6.45 pagi. Isteri menuju ke rumah mertua manakala saya terus sahaja ke Nilai. Elok sahaja saya keluar dari tol Bangi menuju ke Selatan, ada seorang lelaki berserban sedang terbongkok-bongkok dengan motorsikalnya. Saya pun berhenti mana tahu beliau perlu pertolongan. Insaf sekejap apabila saya menyapanya “rosak ke?” Beliau jawab, “Assalamualaikum”. Saya…

Tak Semestinya yang Jahat, Akan Jahat Selamanya

Saya dihubungi oleh lelaki ini melalui PM suatu masa lalu. Kami berpakat berjumpa dan minum-minum di sebuah kedai makan. Lepak-lepak mendengar cerita dan beliau amat mahu saya kongsikannya kepada semua kawan-kawan. Antara kisah yang saya ‘simpan’ baik-baik di dalam ‘bank’ penulisan saya. Yang saya mahu ianya berakhir dengan sebaiknya barulah saya akan muat naik kisah…

Turning Point untuk Berubah

Dari Bukit Beruntung saya menumpang kereta kawan ke stesen komuter. Kebetulan rumah beliau melalui stesen Bandar Tasik Selatan, kami berdua ke sana dengan Saga putihnya. Beliau turunkan saya di stesen tersebut. Kereta banyak dan kami berpisah di situ. Saya berjalan perlahan memasuki ruang tiket Komuter. Membeli dan kemudiannya terus turun ke Platform 1 – Seremban.…

Peniaga Kurma Kaya Raya Di Pasar

Untuk peniaga yang gila-gila jaga kos, pergi ladang kurma atau pasar kurma ini sebuah kes pembelajaran yang best. Berapa % makan tanpa beli. Berapa % makan dan beli. Berapa % tak makan tapi beli. Berapa % tak makan dan beli. Susah weh. Sebab paling besar ialah boleh makan sampai kenyang. Walau kita semua tahu kita…

Gagal Dapat Projek Syarikat Mega

Baru-baru ini saya beranikan diri masuk ke projek syarikat mega. Hantar aja kertas kerja. “Tender” tersebut untuk jaga konten media sosial sekitar RM1.35juta setahun. Ada berbagai game perlu dibuat dengan berbagai persediaan. Logiknya saya dan team macam belum mampu. Tapi entah, nak cuba. Saya siapkan proposal demi proposal. Hantar, reject, kena repair. Hantar lagi, reject,…

Disiplin Kunci Kepada apapun Kejayaan.

Antara perkara yang saya kurangkan perlahan-lahan kemudian saya tutup terus ialah mengikuti serta membeli buku-buku motivasi. Maaf benar tau, saya beritahu ini kerana ia tentang saya aja. Mana baik, ambil ya. Saya sentiasa nampak salah, tapi saya tak tahu nak baiki bagaimana. Hampir semua buku motivasi bersifat universal dan terlalu besar, kadang tak tercapai dek…

Apa Motivasi Kurangkan Hutang Berjuta ?

“Tuan, apa motivasi tuan sampai tuan boleh kurangkan hutang berjuta dalam tempoh singkat?” Aaaaaa. Soalan ini apabila saya jawab depan-depan, jadi macam kasar sikit. Dah beberapa kali saya perasan, apabila saya jawab, muka orang yang bertanya berubah. Jadi macam sedih. Sebenarnya tak ada niat saya pun nak sentuh hati sesiapa, ya sungguh. Jawapan saya “saya…